Kapal tempur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
Walau bagaimanapun, teknologi telah memintas kapal tempur. Meriam kapal tempur mungkin boleh menembak sejauh 30 batu, tetapi [[kapal induk]] dengan pesawat tempurnya boleh menyerang dari jarak beratus batu, dan [[radar]] membuatkan serangan-serangan tersebut lebih berkesan. ''Bismarck'' telah berjaya ditenggelamkan beberapa hari selepas ia memusnahkan HMS ''Hood'', selepas ia dilumpuhkan oleh pengebom torpedo dari [[HMS Victorious|HMS ''Victorious'']] dan [[HMS Ark Royal|HMS ''Ark Royal'']].
 
[[Serangan ke atas Pearl Harbor|Pengeboman Pearl Harbor]] oleh Jepun telah menenggelam dan merosakkan kebanyakan kapal tempur Pasifik AS, namun kapal-kapal induk yang berada di lautan terselamat, dan kapal-kapal tersebut yang memberi kelebihan kepada AS semasa [[Pertempuran Midway]]. Peranan kapal tempur di Pasifik kemudiannya berubah sebagai pengebom persisiran dan pengawal kapal induk. Kapal tempur terbesar yang pernah dibina, ''[[kapal tempur Yamato|Yamato]]'' dan ''[[kapal tempur Musashi|Musashi]]'' dari [[Jepun]], telah dimusnahkan oleh pesawat tempur kapal induk AS. Manakala kapal tempur Jerman terakhir ''[[kapal tempur Tirpitz]]'' terselamat sementara dengan bersembunyi di beberapa [[fjord]] di [[Norway]], namun akhirnya turut dimusnahkan.
 
Dalam pertempuran terakhir antara kapal tempur, kapal tempur Amerika Syarikat [[USS South Dakota (BB-57)|''South Dakota'']] dan [[USS Washington (BB-56)|''Washington'']] berjaya menewaskan [[kapal tempur Kirishima|''Kirishima'']] Jepun di Pertempuran Guadacanal kedua berdekatan Pulau Savo.