Kapal tempur Jerman Gneisenau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 54:
|}
 
'''''Gneisenau''''' ialah sebuah [[kapal utama]] Jerman, yang digambarkan secara alternatif sebagai [[kapal tempur]] dan [[kruiser tempur]], ''[[Kriegsmarine]]'' [[Jerman Nazi]]. Ia merupakan kapal kedua dari [[Kapal tempur kelas Scharnhorst|kelasnya]], termasuk kapal yang lagi satu, {{ship|Kapal tempur Jerman|Scharnhorst||2}}. Kapal ini telah dibina di limbungan ''[[Deutsche Werke]]'' di [[Kiel]]; ia telah mula dibina pada 6 Mei 1935 dan dilancarkan pada 8 Disember 1936. Selesai pada Mei 1938, kapal ini dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama berukuran [[Meriam laut 28 sm SK C/34|28 cm (11 in) C/34]] dalam tiga turet triple , walaupun terdapat rancangan untuk menggantikan senjata ini dengan enam meriam [[Meriam laut 38 sm SK C/34|38 cm (15 in) SK C/34]] dan turet berkembar.
 
''Gneisenau'' dan ''Scharnhorst'' beroperasi bersama-sama untuk sebahagian besar awal Perang Dunia II, termasuk ditugaskan ke Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang British. Semasa operasi pertama mereka, kedua-dua kapal menenggelamkan kruiser bantuan British {{HMS|Rawalpindi}} dalam satu pertempuran singkat. ''Gneisenau'' dan ''Scharnhorst'' terlibat dalam [[Operasi Weserübung|Operasi ''Weserübung'']], iaitu pencerobohan Jerman ke atas Norway. Semasa operasi diluar Norway, kedua-dua kapal bertarung dengan kruiser tempur {{HMS|Renown|1916|6}} dan menenggelamkan kapal pengangkut pesawat {{HMS|Glorious}}. ''Gneisenau'' telah mengalami kerosakkan dalam pertembungan dengan ''Renown'' dan kemudian ditorpedo oleh sebuah kapal selam British, {{HMS|Clyde|N12|6}}, luar Norway. Selepas [[Operasi Berlin (Atlantik)|kejayaan serangan di Atlantik]] pada tahun 1941, ''Gneisenau'' dan kapal kembarnya berlabuh di [[Brest, Perancis|Brest]], Perancis. Kedua-dua kapal tempur ini menjadi sasaran pengeboman berulang-kali oleh [[Tentera Udara Diraja|RAF]]; ''Gneisenau'' telah dibom beberapa kali semasa serangan itu, namun ia akhirnya diperbaiki.