Jacob Notaras: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Yakub Notaras''' ({{lang-el|Ιάκωβος Νοταράς}}) ({{circa|1439|1491}}; Yakub/Iakobos, bukan Ishak/Isaakios, seperti yang dicatatkan) ialah p...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:38, 30 Oktober 2018

Yakub Notaras (Yunani: Ιάκωβος Νοταράς) (s. 1439 – s. 1491; Yakub/Iakobos, bukan Ishak/Isaakios, seperti yang dicatatkan) ialah putera bongsu Maharaja Loukas Notaras. Menurut catatan, Yakub dikatakan seorang pemuda yang mempunyai paras rupa yang sangat menawan sehingga menarik perhatian Sultan Muhammad II, pada tahun 1453 selepas Kejatuhan Konstantinopel semasa baginda melawat kediaman keluarga Notaras. Tiga hari kemudian, Loukas Notaras telah dijatuhkan hukuman mati bersama anak lelaki dan menantu lelaki, manakala Yakub terlepas daripada hukuman itu dan dipelihara oleh sultan.[1] Selepas bapa dan abangnya dijatuhkan hukuman, Yakub telah mendapat restu sultan untuk dijadikan sebagai gundik istana. Yakub tinggal di seraglio sehingga tahun 1460 dan kemudiannya melarikan diri ke Italy dari Adrianopolis, yang akhirnya bertemu semula dengan tiga orang kakaknya: Anna, Theodora dan Eufrosain. Yakub kemudiannya berkahwin dengan Elizabeth Zampetis, walaupun tidak sebahagia yang diharapkan. Sesetengah orang membuat pengakuan bahawa mereka merupakan pewaris Loukas Notaras, akan tetapi hanya Yakub seorang sahaja yang masih hidup walaupun tidak mempunyai anak.

Sumber dan bacaan lanjut

Penawanan dan Kejatuhan Konstantinopel pada tahun 1453: Kajian Kesan Sejarah, Topografi, dan Ketenteraan oleh Marios Philippides, Walter K. Hanak

Rujukan

  1. ^ "alio impubere luxui regali reservato" menurut cerita Leonard dari Chios, uskup Mytilene, yang menjadi saksi penawanan Konstantinopel. Atti della Società ligure di storia patria, m/s.256


Templat:Byzantine-bio-stub