Perbezaan antara semakan "Terrapene carolina"

tiada ringkasan suntingan
 
| style="border: 0;" | [[File:Terrapene carolina yucatana.jpg|250px|border]]
|}
 
==Kelakuan==
[[File:Eastern Box Turtle 8667.jpg|thumb|alt=angled downward view of a turtle facing to the upper right as she squeezes out an egg out the back. There is a distended part of her body far behind her half covering the egg.|Proses bertelur]]
 
Haiwan ini biasanya dilihat muncul pada awal [[pagi]] atau selepas [[hujan]] dari celahan-celahan kayu dan dedaunan untuk mencari makanan. Diet mereka terdiri daripada pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan, termasuklah cacing, ulat, siput, [[serangga]] dan beri liar,<ref name=Capula/> serta haiwan akuatik.<ref name="Ernst 1997"/>
 
Apabila tiba musim panas, haiwan ini dilihat berada di kawasan berair,<ref name=Capula/> bagi mengekalkan suhu badannya. Contohnya apabila badan mereka mencapai suhu panas, (sekitar 32&nbsp;°C), mereka akan melumurkan saliva (air liur) ke seluruh kaki dan kepalanya; bagi mengekalkan suhu lebih sejuk pada badannya. Malah, kura-kura ini juga mengumuhkan air kencingnya ke seluruh kakinya bagi mengekalkan suhu badannya.<ref name=Alderton/>
 
Proses mengawan bermula pada musim bunga, apabila kura-kura jantan mula "mengelilingi, menggigit dan mengorek" kura-kura betina.<ref name="Ernst 1997"/> Diikuti dengan proses menolak dan menggigit cangkerang. Kura-kura jantan mula mendapatkan betina dan memanjat bahagian belakangnya, seterusnya melakukan persenyawaan.<ref name="Halliday 2002"/> Secara purata, kura-kura betina boleh menyimpan sperma kura-kura jantan dalam badannya selama empat tahun,<ref name="Ernst 1997"/> walaupun tidak mengawan selepas itu.<ref name="Halliday 2002"/>
 
Bermula bulan Mei, Jun atau Julai, kura-kura betina mula bertelur dan menghasilkan 1 hingga 11 biji [[telur]] ke dalam lubang sarang berpasir yang dikorek. Selepas pengeraman tanah selama 70 hingga ke 80 hari, telur-telur tersebut mula menetas, dan anak kura-kura mula kelihatan pada penghujung musim panas. Di bahagian utara, kura-kura ini akan melalui proses hibernasi bermula bulan Oktober ke November. Pada masa itu, mereka akan menanam diri ke dalam tanah, berpasir yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan, atau lubang yang digali mamalia lain, dan kekal didalamnya sehinggalah berakhir musim sejuk.<ref name="Ernst 1997"/> Kura-kura ini dikatakan antara haiwan [[vertebrata]] yang mampu hidup lama. Terdapat spesimen hidup yang mencecah usia hingga 138 tahun.<ref name = "Wood">{{cite book | author = Wood, Gerald |url = | title =The Guinness Book of Animal Facts and Feats| year = 1983 | isbn = 978-0-85112-235-9}}</ref>
 
==Hubungan dengan manusia==
 
===Pemuliharaan===
 
Walaupun kura-kura katup ini mudah ditemui, populasinya semakin merosot disebabkan oleh pelbagai ancaman. Antaranya ialah proses [[pertanian]] dan [[pembangunan]] yang merosakkan [[habitat]] mereka, contohnya pembakaran terbuka berhampiran kawasan hutan.<ref name="IUCN Red"/> Pembangunan seperti pembinaan infrastruktur seperti jalan raya menyebabkan haiwan ini banyak ditemui mati semasa melintas jalan raya. Selain itu, terdapat juga penggemar haiwan eksotik yang mengumpulnya bagi tujuan komersial untuk dieksport keluar negara.<ref name="Ernst 1997"/><ref name="Nature Serve"/> CIri-cirinya seperti memiliki usia dan kadar kelahiran panjang<ref name="Ernst 1997"/> menjadikan haiwan ini lebih sukar bertahan lama. Oleh itu, ia disenaraikan sebagai [[spesies terjejas|haiwan terancam]] oleh [[IUCN Red List]].<ref name="IUCN Red"/> Mereka juga disenaraikan di Appendix II, oleh [[Convention on International Trade in Endangered Species]] (CITES), bermakna pemerdagangan haiwan antarabangsa terhadap spesies ini perlu dipantau bagi mengekalkan kelangsungan populasinya agar tidak terus terjejas.<ref name=CITES/> Kebanyakan negeri di [[Amerika Syarikat]] mengadakan undang-undang tertentu berkenaan spesies ini.<ref name="Ernst 1997"/>
 
Kini, haiwan ini sentiasa dilindungi, sesetengah kawasan ada diwartakan sebagai kawasan yang bebas dari pembangunan, contohnya di Hutan Simpan Sierra del Abra Tanchipa Biosphere Reserve, Mexico. Antara langkah pemuliharaan kura-kura ini ialah dengan mengamalkan pembangunan mapan bagi melindungi spesies ini, serta sentiasa mengadakan kajian untuk memantau populasi haiwan ini.<ref name="IUCN Red"/>
 
===Reptilia rasmi===
 
{{quote box|width=35%|bgcolor=#c6dbf7|fontsize=90%|quote="The turtle watches undisturbed as countless generations of faster 'hares' run by to quick oblivion, and is thus a model of patience for mankind, and a symbol of our State’s unrelenting pursuit of great and lofty goals."|source=North Carolina Secretary of State<ref name = "NC SR"/>}}
 
Spesies ini disenaraikan sebagai [[reptilia rasmi]] di 4 buah negeri [[Amerika Syarikat]]. Carolina Utara dan Tennessee memberikan pengiktirafan mereka terhadap Kura-kura Katup Timur,<ref name="Shearer321"/><ref name= "NC Library">{{cite web | title= Official State Symbols of North Carolina | publisher= State of North Carolina | url= http://ncpedia.org/symbols/reptile | work= North Carolina State Library | accessdate= 2008-01-26 }}</ref><ref name='Tennessee'/> Missouri pula menamakan Kura-kura Katup Jari tiga sebagai reptilia rasmi mereka,<ref name='Missouri'/> dan Kansas pula mengiktiraf Kura-kura Katup Ornata sebagai reptilia rasmi mereka pada tahun 1986.[https://governor.ks.gov/about-kansas/quickfacts]<ref>{{Cite web|url=http://www.statesymbolsusa.org/symbol-official-item/kansas/state-reptile/ornate-box-turtle|title=Ornate Box Turtle State Symbols USA|website=statesymbolsusa.org|access-date=2016-03-16}}</ref>
 
Di Pennsylvania, Kura-kura Katup Timur berjaya disenaraikan sebagai reptilia rasmi ke dalam perundangan, tetapi gagal diiktiraf pada tahun 2009.<ref name="Pennsylvania failure"/> Di Virginia pula, Kura-kura Katup Timur gagal diiktiraf sebagai reptilia negeri pada tahun 1999 dan 2009. Perundangan Republikan menyatakan kegagalan tersebut disebabkan oleh perlakuan haiwan ini yang dilihat agak "penakut dengan menyembunyikan diri ke dalam cangkerang". Bagaimanapun, di Virginia haiwan ini gagal diiktiraf disebabkan persaingan dengan Carolina Utara yang dilihat telah menamakan ia dahulu.<ref name="VA SB1504"/><ref name="VA AP"/>
{{Clear}}
 
==Rujukan==
1,619

suntingan