Penjara Johor Bahru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
tambah dua keratan
PM Poon (bincang | sumb.)
one major section added
Baris 11:
 
Keluasan kawasan bertembok, sebanyak 160,000 kaki persegi (1.8 hektar) dengan ketinggian tembok setinggi 20 kaki, adalah sama sahaja dengan keluasan pada tahun 1883. Kawasan sekeliling penjara telah habis diguna, dengan kawasan perumahan kakitangan memakan keluasan 3.8 hektar (9.4 ekar). Oleh demikian, setiap ruangan yang sedia ada di dalam kawasan penjara terpaksa diguna. Bangunan-bangunan terpaksa didirikan dengan terlalu rapat, dan menimbulkan soalan adakah undang-undang kebakaran api terlanggar. Banduan-banduan juga dirumahkan tujuh hingga lapan orang sebuah bilik sel, walaupun ianya direka untuk tiga banduan sahaja. Walaubagaimanapun, adalah ajaib sekali bahawa penjara ini dapat kekal selama 122 tahun.
 
==Hukuman merotan==
Hukuman mati tidak dilaksanakan di penjara ini. Banduan reman yang telah dihukum mati akan dihantar ke penjara pusat di Kuala Lumpur. Walaupun demikian, hukuman merotan siap dilaksanakan di kawasan penjara ini pada setiap hari Isnin dan Khamis.
 
===Undang-Undang Mengenai Merotan===
Jumlah rotan yang paling banyak yang boleh dikenakan keatas seorang pesalah mengikut undang-undang Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan yang diguna:
Rotan jenis nipis, yang digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah (CBT), dan jenayah kolar putih;
Rotan jenis tebal, yang digunakan untuk jenayah serius, umpamanya kes rogol dan kekacauan seksual.
 
Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Merotan dengan rotan tebal yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan kematian pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah, yang payah dipulih. Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia telah mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut:
* Perempuan, kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak;
* Lelaki berumur 50 tahun keatas;
* Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan; dan
* Orang gila.
 
===Kaedah-Kaedah Merotan===
Pada hari untuk melaksanakan hukuman merotan, para banduan yang terlibat akan diberi pemeriksaan perubatan. Mereka akan beratur untuk giliran masing-masing di tempat yang mana pelaksanaan merotan tidak boleh dinampak mereka.
 
Pengarah Penjara Negeri Johor akan menyelia pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan seorang pegawai perubatan daripada Hospital Sultanah Aminah dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya hukuman merotan tidak dijatuhkan keatas banduan yang salah. Pengarah Penjara akan membaca hukuman kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan adakah hukuman yang terbaca itu betul atau tidak. Beliau juga akan bertanya pesalah tersebut agar rayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan.
 
Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apron yang diikat kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat kepada suatu rangka berbentuk “A”. Kepalanya diletak dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Kakitangan yang melaksanakan hukuman merotan mesti disahkan. Mereka akan dibayar RM10.00 untuk setiap rotan, dinaikkan daripada hanya RM1.00 sedekad dahulu.
 
Dalam pelaksanaan tugasnya, petugas merotan tidak boleh digopoh-gopahkan. Pegawai penjara yang membilang jumlah rotan tidak boleh menentukan waktu untuk rotan yang kemudian. Tugasnya cuma memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan oleh mahkamah.
 
Petugas merotan akan mula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golf menghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan mesti memastikan bahawa hujung rotan diguna untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan “Pemutih Clorox” untuk membunuh kuman, juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.
 
Segala hukuman mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah pengsan, ataupun pegawai perubatan mengarahkan perlaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak mampu menyambungkan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamat. Suatu permohonan akan dibuat ke makhamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.
 
Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegah perlu diambil untuk pesalah yang menghidapi HIV. Rotan yang baru akan diguna untuk kes tersebut, dan selepas diguna, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki memakai smock perlindungan, sarung tangan dan cermin mata, takutkan daging dan darah pesalah HIV terkenanya.
 
Selepas dirotan, pesalah akan terus dihantar ke klinik penjara untuk mendapat rawatan. Pesalah akan dihospitalisasikan sehingga dia menyembuh, tertakluk kepada kecukupan katil. Buat sementara, pesalah terpaksa berbaring dengan bahagian perut menghadapi katil, kerana kecederaan punggung.
 
==Perigi General Yamashita==