Bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sweizhong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Infobox Language
|name=Bahasa Melayu
|nativename=<big>بهاس ملايو</big>
|states=[[Malaysia]], [[Indonesia]], [[Brunei]], [[Singapura]], Patani, [[Timor Leste]], [[Sri Lanka]], [[Afrika Selatan]], dan [[Australia]] ([[Pulau Christmas]] dan [[Kepulauan Cocos]]). {{br}}
|region=[[Asia Tenggara]]
Baris 41:
|lc24=zmi|ld24=Bahasa Melayu Negeri Sembilan
}}
'''Bahasa Melayu''' ([[tulisanTulisan Jawi|Jawi]]: '''بهاس ملايو''') ialah sejenis [[bahasa Melayu-Polinesia]] di bawah keluarga [[bahasa Austronesia]] yang telah digunakan di wilayah [[Malaysia]], [[Indonesia]], dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari [[Sumatera Selatan]] di sekitar [[Jambi]] dan [[Palembang]].<ref>[http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/bab2.html Laman web Penerbit USM: Bahasa Melayu]</ref> Rekod terawal [[bahasa Melayu Kuno]] ialah sebuah [[batu bersurat]] bertarikh [[682|682 Masihi]] yang dijumpai di [[Sumatera Selatan]].
 
Bahasa Melayu ialah [[bahasa kebangsaan]] Malaysia, Indonesia, [[Brunei]] dan [[Singapura]]. Di [[Indonesia]], bahasa Melayu kini dipanggil [[bahasa Indonesia]], dan walaupun kerajaan Malaysia berhasrat menamakan bahasa kebangsaan sebagai [[bahasa Malaysia]] namun ianya bertentangan dengan nama [[bahasa kebangsaan]] yang termaktub dalam [[Perlembagaan Malaysia|perlembagaan persekutuan Malaysia]]. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk [[Melayu]] di Selatan [[Thailand]], [[Filipina]], [[Kemboja]], [[Vietnam]], [[Sri Lanka]] dan [[Afrika Selatan]].
Baris 57:
Pada awal tahun [[2004]], [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] dan [[MABBIM]] mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi [[ASEAN]] memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.
 
== Sistem fonologi سيستم فونولوݢي ==
{{utama|Fonologi bahasa Melayu}}
Salah satu faktor utama yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh sistem [[fonologi]] yang amat mudah. Boleh dikatakan hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan [[fonem]].
Baris 206:
Di dalam beberapa tempat di [[Semenanjung Malaysia]], terutamanya di kawasan tengah dan selatan, kebanyakan perkatan yang berakhir dengan huruf ''a'' selalunya disebut sebagai [{{IPA|ə}}].
 
== Perbezaan antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia ڤربيذا<sup>ء</sup>ن انتارا بهاس مليسيا دان بهاس ايندونيسيا ==
''Untuk rencana lanjutan, lihat [[Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia]] atau [[Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia]]''
Tiada boleh dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Malaysia dan [[bahasa Indonesia]] kerana bahasa Indonesia sendiri didasarkan kepada bahasa Melayu dialek [[Riau]] yang merupakan bahasa Melayu Piawai. Namun, jika dibezakan dari segi sejarah, budaya, perlakuan tata bahasa masing-masing, dan lain-lain dengan bahasa Malaysia, jelas adalah perbezaan yang ketara. Kedua-duanya boleh memahami antara satu sama lain, tetapi berbeza dari segi ejaan dan kosa kata jua. Bahasa Indonesia berbeza daripada Bahasa Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal dari [[Jawa|Tanah Jawa]], [[Tanah Melayu]], dan Belanda.
 
== Sejarah Bahasa Melayu سجاره بهاس ملايو ==
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. <ref name="BM">Nik Safiah Karim dan dll. ''Tatabahasa Dewan'', Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 2006</ref> Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun [[644]] dan [[645|645 Masihi]]. Tulisan itu menyebut orang ''Mo-lo-yeu'', tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di [[Semenanjung Tanah Melayu]] dan ada yang mengatakan di [[Jambi]], [[Sumatera]]. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun [[683]], dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
# di [[Batu Bersurat Kedukan Bukit|Kedukan Bukit]], [[Palembang]], pada [[683|683 Masihi]]
Baris 220:
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal dari [[Asia Tengah]], ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di [[Kepulauan Melayu]].
 
=== Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah بهاس ملايو براصل دري اسيا تڠه ===
''Untuk rencana lanjutan, lihat [[Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah]]''
 
Baris 242:
Menurut ahli-[[ahli bahasa]] dan [[Ahli sejarah|sejarah]] ini, Melayu Moden berasal daripada [[bahasa Melayu Klasik]] dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada [[bahasa Melayu Induk]]. Bahasa Melayu Induk berasal daripada [[bahasa Melayu Purba]] yang juga merupakan asal daripada [[bahasa Melayu Kuno]]. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada [[dialek Johor-Riau]] dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
 
=== Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu بهاس ملايو براصل دري کڤولاوان ملايو ===
''Untuk rencana asal, lihat [[Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu]]''
 
Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.
 
== Perkembangan Bahasa Melayu ڤرکمبڠن بهاس ملايو ==
Kedatangan agama [[Hindu]], [[Islam]] dan penjajah [[Eropah]] ke [[Asia Tenggara]] telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh [[bahasa Sanskrit|Sanskrit]] dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan [[bahasa Arab]] dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.
 
Baris 254:
* [[Bahasa Melayu Moden]]
 
=== Perubahan aksara penulisan bahasa Melayu sehingga kini ڤروبهن اکسارا ڤنوليسن بهاس ملايو سهيڠݢ کيني ===
{{utama|Abjad Bahasa Melayu}}
 
Baris 267:
Untuk mengetahui kaedah penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca umum yang dipraktikkan dalam bahasa Melayu, sila lihat: [http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/ejaan.pdf Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu].
 
== Pengaruh daripada bahasa asing ڤڠاروه درڤد بهاس اسيڠ ==
Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.
 
=== Pengaruh Bahasa Sanskrit ڤڠاروه بهاس سنسکريت ===
Bahasa Sanskrit, bahasa perantara agama Hindu dan Buddha, telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman [[Kesultanan Melaka|Kesultanan Melayu Melaka]] yang mana bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara [[abad ke-7]] dan [[abad ke-13]]. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa kuno dapat dikesan dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh [[Empayar Srivijaya|kerajaan Srivijaya]]. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:
# Kedukan Bukit, Palembang ([[683]] M)
Baris 311:
</table>
 
=== Pengaruh Bahasa Jawa ڤڠاروه بهاس جاوا ===
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
* Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
Baris 333:
</table>
 
=== Pengaruh Arab-Islam ڤڠاروه عرب-إسلم ===
Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan bukan dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya:
<br />1- perbendaharaan kata
Baris 339:
<br />3- tulisan
 
==== 1- Perbendaharaan Kata ڤربنداهارا<sup>ء</sup>ن کات ====
Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
<br />
Baris 365:
</table>
 
==== 2- Sebutan Kata سبوتن کات ====
Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul.
<br />
Baris 378:
</table>
<br />
==== 3- Tulisan توليسن ====
Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbang kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan Arab yang akhirnya disebut [[tulisan Jawi]]. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran.
<br />
Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.
 
=== Pengaruh Bahasa Cina ڤڠاروه بهاس چينا ===
Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai [[etimologi]] berlabel ''C''. Perkataan ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Cina. Tetapi bukan semua kata-kata yang berlabel ''C'' dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Cina. Dalam kajian Kong 1993, telah disimpulkan bahawa lebih kurang 261 patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada bahasa Cina.
 
Baris 439:
Prilaku [[fonologi]] pinjaman kata [[Bahasa Cina]] adalah bertentangan dengan sistem fonologi bahasa Melayu.
 
=== Pengaruh Portugis ڤڠاروه ڤورتوݢيس ===
Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.<ref>http://www.youtube.com/watch?v=pycewToY3_A</ref> Beberapa contoh perkataan [[bahasa Portugis|Portugis]] yang diserap dalam bahasa Melayu ialah:
<br />
Baris 467:
</table>
 
=== Pengaruh Inggeris ڤڠاروه ايڠݢريس ===
Pengaruh [[bahasa Inggeris]] dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan khusus untuk merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini ialah ''konotasi'' (''connotation''), ''kompromi'' (''compromise'') dan ''siri'' (''series''). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media percetakan dalam bahasa Melayu di [[Malaysia]] seperti pada akhbar [[Utusan Malaysia]] telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu-satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, [[Mahathir bin Mohammad]] meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.
 
Baris 490:
* {{en}} [http://news.nationalgeographic.com/news/2004/02/0226_040226_language.html Lebih mengenai pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu]
 
== Definisi bahasa Melayu tinggi dan bahasa Melayu baku ديفينيسي بهاس ملايو تيڠݢي دان بهاس ملايو باکو ==
Konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu tinggi sering dirujuk sebagai wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain.
 
Bahasa Melayu baku pula ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.
 
== Frasa mudah dalam Bahasa Melayu فراسا موده دالم بهاس ملايو ==
Di Malaysia, biasanya masyarakat Melayu bertegur sapa sesama sendiri dengan ucapan salam, tetapi ucapan formal seperti "Selamat pagi" atau "Selamat sejahtera" turut digunakan bagi penutur bukan Islam. Ucapan "Hai" juga sering digunakan apabila bertegur sama sesama rakan-rakan, sebagaimana perkataan "''Bye-bye''" semasa meminta diri untuk beredar.
 
Baris 556:
|}
 
=== Bahasa pasar serta penggunaan kontemporari بهاس ڤاسر سرتا ڤڠݢونا<sup>ء</sup>ن کونتيمڤوراري ===
Bahasa Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu, contohnya ''awek'' (gadis); ''balak'' (jejaka); ''usha'' (perhati); ''skodeng'' (intai); ''cun'' (cantik); ''poyo''/''slenge'' (buruk) dll. Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan ''orang'', contohnya ''kitorang'' (''kita'' + ''orang'', menggantikan perkataan ''kami''); ''korang'' (''kau'' + ''orang'', bagi merujuk kepada ramai orang dan menggantikan perkataan ''kalian''); ''diorang'' or ''derang'' (''dia'' + ''orang'', menggantikan perkataan ''mereka'').
 
Baris 608:
|}
 
== Galeri ݢالري ==
<gallery>
imej:Marai-go_yon_shu-kan_''_Learning_Bahasa_Melayu_in_Four_Weeks_''_(1912).jpg|Gisaburo Yamamichi, 1912 Marai-go yon shu-kan, Shogo Kimata ed, Tokyo : Okazakiya syoten. Salah satu penerbitan awal bagi mempelajari bahasa Melayu di Jepun.
</gallery>
 
== Lihat juga ليهت جوݢ ==
{{WikisourceWiki|Bahasa Melayu}}
* [[Bahasa rojak]]
Baris 625:
* [[Kronologi pembentukan istilah bahasa Melayu]]
 
== Rujukan روجوعن ==
{{reflist}}
<references/>
# Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084
 
== Pautan luar ڤاءوتن لوار ==
{{commonscat|Malay language}}
* [http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=DEWAN Kamus Dewan Dalam Talian]
Baris 641:
{{Bahasa Asia Tenggara}}
{{rencana pilihan}}
{{Authority control}}
 
[[Kategori:Bahasa|Melayu]]
[[Kategori:Bahasa Melayu| ]]