Kubah al-Sakhrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kubah Batu''' ([[Tulisan Jawi]]: قوببت اس-سخرح; [[Bahasa Arab]]: قبة الصخرة {{semxlit|Qubbaṯ al-Ṣakhraṯ}}; [[Bahasa Ibrani]]: כיפת הסלע Kipat''Kippat Hasela; [[Bahasa Turki]]: Kubbetüs Sahraha-Sela''; [[Bahasa Inggeris]]: ''Dome of the Rock'') ialah antara seni binaan [[Islam]] yang tercantik di dunia. Qubbat As-Sakhrah bukanlah sebuah [[masjid]] sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat [[Nabi Muhammad s.a.w.]] berdiri ketika peristiwa [[Israk Mikraj]]. Qubbat As-Sakhrah terletak di [[Baitulmuqaddis]] di kawasan [[Al Haram Al Sharif]]. Qubbat As-Sakhrah bukanlah [[Masjid Al-Aqsa]] kerana [[Masjid Al-Aqsa]] terletak tidak jauh daripada bangunan ini. Qubbat Al-Sakhrah seringkali disalahertikan sebagai [[Masjid Umar]] yang merupakan tempat [[Saidina Umar Al-Khatab]] ber[[solat]] ketika tiba di [[Baitulmuqaddis]]. Berbanding dengan rumah-rumah ibadat yang lain, Qubbat As-Sakhrah yang paling dikenali sebagai simbol Baitulmuqaddis yang menjadikannya istimewa.
 
Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja [[Masjid Al-Aqsa]] yang suci kepada umat [[Islam]] tetapi Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya juga adalah suci kerana ia terdapat di dalam [[Al Haram Al Sharif]]. Keseluruhan kawasan [[Al Haram Al Sharif]] ini ialah Masjidil Aqsa dan bukannya [[Masjid Al-Aqsa]] sahaja kerana bangunan [[Masjid Al-Aqsa]] dibina selepas penaklukan [[Baitulmuqaddis]] oleh tentera Islam. Masjid Al-Aqsa hanyalah mengambil sempena nama Masjidil Aqsa di dalam [[Al Quran]].