Patung Perpaduan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membuat rencana tunas
 
Pengembangan
Baris 24:
 
'''Patung Perpaduan''' ('''Statue of Unity''') merupakan sebuah patung gergasi seorang negarawan India, [[Vallabhbhai Patel]] di daerah [[Daerah Narmada|Narmada]], [[Gujarat]], [[India]]. Ia merupakan patung terbesar dunia setakat ini dengan ketinggian 182 meter, iaitu lebih kurang dua kali tinggi [[Patung Liberty]] termasuk tapaknya. Patung ini dibina di sebuah pulau sungai dan menghadap [[Empangan Narmanda]] berdekatan [[Rajpipla]].
 
== Latar belakang ==
 
=== Rekaan ===
Patung ini melambangkan [[Vallabhbhai Patel]], salah seorang negarawan terkemuka dalam gerakan kemerdekaan India, [[Timbalan Perdana Menteri India]] pertama serta pemimpin yang bertanggungjawab menyatukan ratusan negeri beraja sehingga membentuk sempadan politik India pada masa kini. Patung ini direka oleh [[Ram V. Sutar]].<ref>{{cite web |title=All you need to know about Ram Vanji Sutar, sculptor behind the Statue of Unity, 50 other sculptures of politicians |url=https://www.firstpost.com/india/all-you-need-to-ram-vanji-sutar-the-renowned-sculptor-behind-the-statue-of-unity-50-other-well-known-sculptures-of-politicians-5476091.html |publisher=firstpost.com |accessdate=31 Oktober 2018 |archive-url=https://web.archive.org/web/20181031134701/https://www.firstpost.com/india/all-you-need-to-ram-vanji-sutar-the-renowned-sculptor-behind-the-statue-of-unity-50-other-well-known-sculptures-of-politicians-5476091.html |archive-date=31 Oktober 2018 |dead-url=no|language=Inggeris}}</ref>
 
=== Pembinaan ===
Sebuah konsortium yang terdiri daripada Turner Construction (pengurus projek [[Burj Khalifa]]), Michael Graves and Associates dan Meinhardt Group menjadi penyelia projek tersebut. Projek tersebut mengambil masa 56 bulan untuk disiapkan, iaitu 15 bulan untuk perancangan, 40 bulan untuk pembinaan dan dua bulan untuk penyerahan. Jumlah kos keseluruhan projek tersebut dianggarkan oleh kerajaan sebanyak ₹20.63 bilion (US$290 juta).<ref name=prj>{{cite news | url=http://www.dnaindia.com/india/report_gujarat-s-statue-of-unity-to-cost-a-whopping-rs2500-crore_1699760 | title=Gujarat's Statue of Unity to cost Rs 25&nbsp;billion | work=[[Daily News and Analysis]] | date=8 Jun 2012 | accessdate=28 Mac 2013 | archive-url=https://web.archive.org/web/20120611030038/http://www.dnaindia.com/india/report_gujarat-s-statue-of-unity-to-cost-a-whopping-rs2500-crore_1699760 | archive-date=11 Jun 2012 | dead-url=no | df=dmy-all |language=Inggeris}}</ref>
 
Patung tersebut disiapkan dalam masa 33 bulan, di mana tapak asasnya dibina pada 2013 dan siap pada pertengahan Oktober 2018. Upacara pembukaan rasmi telah dilakukan pada 31 Oktober 2018 oleh Perdana Menteri India, [[Narendra Modi]].<ref>{{Cite news|url=https://www.financialexpress.com/india-news/statue-of-unity-ready-for-inauguration-on-october-31-10-interesting-facts-about-worlds-tallest-statue/1347830/|title=Statue of Unity ready for inauguration on October 31: 10 interesting facts about world's tallest&nbsp;statue|date=13 October 2018|work=The Financial Express|access-date=13 Oktober 2018|archive-url=https://web.archive.org/web/20181013105552/https://www.financialexpress.com/india-news/statue-of-unity-ready-for-inauguration-on-october-31-10-interesting-facts-about-worlds-tallest-statue/1347830/|archive-date=13 Oktober 2018|dead-url=no|df=dmy-all|language=Inggeris}}</ref>
 
== Rujukan ==