Andijan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox settlement|name=Andijan|native_name=Andijon|settlement_type=Bandar|image_skyline=File:Devonaboy_Jome_Mosque_in_Andijan.jpg|subdivision_type=Negara...'
 
Pengembangan
Baris 5:
== Geografi ==
Andijan terletak di timur wilayah Andijan dan berada di kawasan tenggara [[Lembah Fergana]], berdekatan sempadan Uzbekistan dan [[Kyrgyzstan]].
 
== Sejarah ==
 
=== Penamaan ===
Punca nama Andijan masih tidak dapat diketahui. Andijan dikenali oleh ahli geografi arab pada abat ke-10 dengan nama-nama seperti "Hindijaan," "Hindaghan," dan "Handigan" yang bererti "bandar Hindu atau kuil-kuil Hindu". Rekod-rekod sejarah mengaitkan nama Andijan dengan nama puak-puak Turkik.
 
=== Zaman awal ===
Andijan merupakan salah satu kota tertua di [[Lembah Fergana]] dan juga berperanan sebagai kota yang penting dalam [[Laluan Sutera]]. Pihak arkeologi telah menemui artifak-artifak dari abad ketujuh dan kelapan di beberapa kawasan di Andijan.
 
Bandar ini terkenal sebagai tempat lahir [[Babur]], pengasas empayar Mughal di [[Subbenua India]] serta maharaja pertama empayar tersebut setelah menghadapi beberapa halangan. Ketika zaman [[Wangsa Timuriyah]], Andijan merupakan kota yang berperanan penting dalam kawasan tersebut dan berlakunya percambahan budaya dan seni yang pesat di bandar tersebut.
 
Pada 16 Disember 1902, sebuah gempa bumi yang teruk berlaku di kawasan Andijan, menyebabkan kira-kira 30,000 rumah musnah dan lebuh kurang 4,500 orang terkorban.
 
=== Zaman moden ===
Setelah bermulanya pemerintahan [[Kesatuan Republik Sosialis Soviet|Soviet]] pada 1917, bandar Andijan dijadikan sebagai bandar industri penting dalam [[Republik Sosialis Soviet Uzbekistan|RSS Uzbekistan]] dan terpisah dari bandar-bandar lain di Lembah Fergana setelah lembah tersebut dibahagikan ke dalam tiga negara Soviet.
 
Ketika Perang Dunia Kedua, ramai penduduk Soviet berpindah ke Andijan dan kawasan berdekatan. Sejak 1941, terdapat juga pelarian Yahudi dari Poland yang diduduki Nazi pada masa itu berpindah ke Andijan setelah dihalau oleh Soviet ke Siberia dan Asia Tengah.
 
== Pendidikan ==