Penjara Johor Bahru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
k correct one spelling mistake
PM Poon (bincang | sumb.)
change one terminology
Baris 1:
[[Imej:180px-Prison_logo.jpg|right|thumb|180px|Lambang Penjara Johor Bahru]]
'''Penjara Johor Bahru''', yang terletakditempatkan di ibu kota negeri [[Johor]], [[Malaysia]] dahulunya dikenali sebagai "Kota Jail". Penjara ini merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia, selepas Penjara [[Pulau Pinang]] dan Penjara [[Taiping]], [[Perak]]. Penjara ini telah dirasmikan pembukaannya oleh [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim|Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim]] pada tahun [[1883]] untuk menahan para penjenayah di dalam negeri, dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah [[Britain]].
 
Penjara ini terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8 [[hektar]] di kawasan bandaraya, dan dilingkungi oleh tiga batang jalanraya, iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Gertak Merah dan Jalan Khalid Abdullah. Pada [[Ogos 30]], [[2005]], penjara ini telah dipindah ke bandar [[Keluang]] di Johor Tengah, disebabkan kekurangruangan yang amat pesat. Dengan pemindahan penjara ini, habislah suatu riwayat yang kekal selama 122 tahun.
Baris 12:
Pada asalnya, terdapat hanya dua buah bangunan penempatan banduan, dua bengkel latihan, dapor memasak, bangunan tandas, rumah sakit dan sebuah pejabat pentadbiran. Peredaran masa dan keperluan bagi menampung kapasiti banduan yang kian meningkat, beberapa bangunan telah dibina dan diubahsuai dengan sepuluh buah blok penempatan, lima buah bengkel vokasional, tempat lawatan keluarga, pejabat [[kaunseling]], pejabat pengawai kebajikan, surau dan kemudahan lain yang mampu menampung 1,500 orang banduan.
[[Imej:300px-Inmate_block.jpg|thumb|300px|right|Salah satu daripada bangunan-bangunan penempatan banduan]]
Keluasan kawasan bertembok, sebanyak 160,000 kaki persegi (1.8 hektar) dengan ketinggian tembok setinggi 20 kaki, adalah sama sahaja dengan keluasan pada tahun 1883. Kawasan sekeliling penjara telah habis diguna, dengan kawasan perumahan kakitangan memakan keluasan 3.8 hektar (9.4 ekar). Oleh demikian, setiap ruangan yang sedia ada di dalam kawasan penjara terpaksa diguna dan susunan bangunan-bangunan amat padat (sila rujuk kepada [[#Penyediaan Pelan Lakar Kawasan Penjara|penyedian pelan lakar kawasan penjara]]). Dengan itu, tertimbullah persoalan adakah [[undang-undang kebakaran api]] terlanggar. Banduan-banduan juga dirumahkan tujuh hingga lapan orang sebuah bilik [[sel]], walaupun ianya direka hanya untuk tiga banduan sahaja. Walaubagaimanapun, adalah ajaib sekali bahawa penjara ini dapat dikekalkan selama 122 tahun.
 
==Hukuman merotan==
Baris 55:
Sejak 30hb Ogos 2005, penjara itu dikosongkan dan dibuka kepada orang ramai untuk lawatan. Tempoh pameran dan lawatan ini adalah daripada 1hb September sehingga 15hb Disember, 2005. Pameran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat, merasai pengalaman dan mendapat-kan pengetahuan tentang kehidupan yang dilalui oleh banduan semasa menjalani hukuman penjara agar timbul kesedaran dan keinsafan. Kesedaran dan pendidikan ini diberi melalui [[ceramah]], tayangan video, demonstrasi merotan dan lawatan ke dalam penjara. Bayaran masuk ialah RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun.
 
==Penyediaan Pelan Lakar Kawasan Penjara==
[[Imej:Prison_layout.jpg|thumb|center|580px]]