Terrapene carolina carolina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Subspeciesbox | image = Eastern box turtle.jpg | image_caption= Kura-kura Katup Timur jantan | status = VU | status_system = IUCN3.1 | status_ref = <ref...'
 
Amanhasler (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 72:
 
Pada tahun 2011, IUCN mengeluarkan kenyataan, "Populasi ''Terrapene carolina'' semakin berkurangan dan terus berkurangan sehingga melebihi 32% lebih tiga generasi". IUCN kemudiannya menukarkan status haiwan ini dari [[Hampir terancam]] kepada [[Spesies terjejas|Terjejas]].<ref name="iucn" />
 
== Ciri-ciri ==
Kura-kura ini mempunyai [[karapas]] (cangkerang belakang) yang tinggi dan bahagian bawah badannya ([[plastron]]) berengsel, membolehkan kesemua anggota badannya masuk ke dalam cangkerang. [[Karapas]]nya mempunyai pelbagai variasi warna, dari [[coklat]] atau [[hitam]] dengan corak belang atau tompokan berwarna [[kuning]] atau [[jingga]]. Warna [[kulit]]nya pula biasanya mengikut warna pada cangkerang, sama ada coklat, hitam dengan bintik-bintik kuning, jingga, merah atau putih. Warna ini menyerupai warna pokok tulip poplar yang gugur pada musim luruh. Sesetengah populasi, kura-kura jantannya mempunyai warna biru pada bahagian pipi, bawah leher dan kaki hadapan. Malah, biasanya jantan juga memiliki iris mata berwarna [[merah]], manakala betina pula berwarna coklat. mereka mempunyai mulut berparuh, kaki yang gemuk serta lima jari pada setiap kaki hadapan dan empat jari pada bahagian belakang. Namun ada yang memiliki tiga jari sahaja pada kaki belakang. Bersaiz kecil, sekitar 4.5 ke 6&nbsp;inci, dan terbesar pernah dicatatkan 7&nbsp;inci. Haiwan yang dibela baik boleh hidup melebihi 100 tahun, berbanding yang hidup di habitat liar. Mereka terancam oleh penyakit dan pemangsa.<ref name=":0" />
 
[[File:Eastern box turtle in florida.JPG|thumb|left|Kura-kura Katup Timur di Florida]]
 
Kura-kura betina mempunyai plastron yang rata, manakala jantan pula melengkung ke dalam yang membolehkan mereka memanjat belakang betina semasa melakukan proses mengawan. [[karapas]] dan [[plastron]] disambungkan oleh penghubung yang fleksibel. Plastron yang berengsel membolehkan mereka melindungi diri sepenuhnya ke dalam cangkerang. Cangkerang mereka dibentuk oleh tulang yang mengandungi lapisan berkeratin. cangkerang ini kemudiannya berhubung dengan badannya secara langsung.
 
Cangerang yang cedera boleh mengalami pemulihan. Tisu bergranular perlahan-lahan membentuk keratin yang rosak dan menggantikan bahagian [[skut]] yang hilang atau luka. Tidak seperti [[Kura-kura Berwarna]] (''Chrysemys picta''), skut kura-kura katup terus membesar sepanjang hidupnya membentuk lingkaran. Kura-kura akuatik biasanya menyalin kulit skutnya semasa membesar.
 
== Rujukan ==