Halim Othman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 18:
Selepas menimba pengalaman sebagai pengacara SPM, Halim terus melangkah jauh apabila dipilih menjadi hos rancangan ''[[Roda Impian]]'' yang sememangnya diminati ramai pada 1996.<ref name="Arkitek ke Selebriti"/>
 
Pada awal kemunculan, beliau dikenali menerusi Radiostesen radio [[Era (stesen radio)|Era FM]] sebagai krew pagi di ERA. Digandingkan bersama [[Khairil Rashid]], selepas itu [[Linda Onn]], beliau amat diminati menerusi suara beliau yang gemersik. Menerusi ERA juga, beliau berjaya memenangi Anugerah Penyampai Radio Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular selama 4 tahun berturut-turut. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Khairil, Linda, [[Kudsia Kahar]], David Low, [[Seelan Paul]], [[Jamal Jamaluddin]], [[Nadira Azizan]], Subarma Mokhtaruddin dan [[Najman Mohamed]].
 
Setelah kejayaan yang dikecapi, pengurusan ERA telah memindahkan beliau dari stesen berkenaan ke stesen radio retro terkenal Malaysia, [[Sinar FM]]. Bersama Sinar, beliau berjaya mencipta nama tersendiri dengan membentuk kumpulan pendengar yang pelbagai peringkat umur.