Perbezaan antara semakan "Jata Malaysia"

34 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Protected "Lambang negara Malaysia": Laku musnah berlebihan: Sukan Asia 2018 ([Sunting=Benarkan pengguna yang diautosahkan sahaja] (sehingga 14:24, 11 September 2018 (UTC)) [Pindahkan=Benarkan pengguna yang diautosahkan sahaja] (sehingga 14:24, 11 September 2018 (UTC))))
Teg: Suntingan mudah alih
Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti [[Bunga Raya]] yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.
 
Maksud bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]] iaitu [[Johor Darul Takzim]], [[Kedah Darul Aman]], [[Kelantan Darul Naim]], [[Melaka|Melaka Bandaraya Bersejarah]], [[Negeri Sembilan Darul Khusus]], [[Pahang Darul Makmur]], [[Perak Darul Ridzuan]], [[Perlis Indera Kayangan]], [[Pulau Pinang|Pulau Pinang Pulau Mutiara]], [[Sabah|Sabah Negeri Di Bawah Bayu]], [[Sarawak|Sarawak Bumi Kenyalang]], [[Selangor Darul Ehsan]] serta [[Terengganu Darul Iman]] dan termasuk sekali dengan kawasan Kerajaan Persekutuan seperti [[Kuala Lumpur]], [[Labuan]], dan [[Putrajaya]]. Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama [[Islam]] adalah agama rasmi di Malaysia. Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]] terdahulu ([[Johor]], [[Kedah]], [[Perlis]], [[Kelantan]] dan [[Terengganu]]).
Bahagian sebelah kiri jata itu adalah (pokok Pinang) yang menandakan Negeri [[Pulau Pinang]] dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok Melaka yang menandakan Negeri [[Melaka]]. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian daripada [[Negeri-negeri Selat]] terdahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih kuning warna-warna hitam dan putih. Hitam dan putih adalah warna bagi negeri [[Pahang]]; merah dan kuning adalah warna bagi negeri [[Selangor]]; hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri [[Perak]]; merah, hitam dan kuning adalah warna bagi [[Negeri Sembilan]]. Empat buah negeri ini adalah [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]] yang asal.