Perbezaan antara semakan "Jata Malaysia"

37 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan mudah alih
Teg: Suntingan mudah alih
[[Fail:Coat of arms of Malaysia.png|thumb|right|250px|Jata negara Malaysia kini.]]
Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara ([[Tulisan Jawi]]:جات نڬارا) mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti [[Bunga Raya]] yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.
 
Maksud bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]] iaitu [[Johor Darul Takzim]], [[Kedah Darul Aman]], [[Kelantan Darul Naim]], [[Melaka|Melaka Bandaraya Bersejarah]], [[Negeri Sembilan Darul Khusus]], [[Pahang Darul Makmur]], [[Perak Darul Ridzuan]], [[Perlis Indera Kayangan]], [[Pulau Pinang|Pulau Pinang Pulau Mutiara]], [[Sabah|Sabah Negeri Di Bawah Bayu]], [[Sarawak|Sarawak Bumi Kenyalang]], [[Selangor Darul Ehsan]] serta [[Terengganu Darul Iman]] dan termasuk sekali dengan kawasan Kerajaan Persekutuan seperti [[Kuala Lumpur]], [[Labuan]], dan [[Putrajaya]]. Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama [[Islam]] adalah agama rasmi di Malaysia. Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]] terdahulu ([[Johor]], [[Kedah]], [[Perlis]], [[Kelantan]] dan [[Terengganu]]).