Terrapene carolina carolina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Amanhasler (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 80:
Kura-kura betina mempunyai plastron yang rata, manakala jantan pula melengkung ke dalam yang membolehkan mereka memanjat belakang betina semasa melakukan proses mengawan. [[karapas]] dan [[plastron]] disambungkan oleh penghubung yang fleksibel. Plastron yang berengsel membolehkan mereka melindungi diri sepenuhnya ke dalam cangkerang. Cangkerang mereka dibentuk oleh tulang yang mengandungi lapisan berkeratin. cangkerang ini kemudiannya berhubung dengan badannya secara langsung.
 
Cangerang yang cedera boleh mengalami pemulihan. Tisu bergranular perlahan-lahan membentuk keratin yang rosak dan menggantikan bahagian [[skut]] yang hilang atau luka. Tidak seperti [[Chrysemys|Kura-kura Berwarna]] (''Chrysemys picta''), skut kura-kura katup terus membesar sepanjang hidupnya membentuk lingkaran. Kura-kura akuatik biasanya menyalin kulit skutnya semasa membesar.
 
== Taburan dan habitat ==
Kura-kura Katup Timu ini dijumpai di timur Amerika Syarikat. Haiwan ini biasa ditemui di utara hingga ke selatan [[Maine]] serta selatan dan timur [[Michigan]], selatan [[Florida]], dari barat ke timur [[Kansas]], [[Oklahoma]], dan [[Texas]]. Di bahagian utara, mereka juga dijumpai berada tanah-tanah berketinggian 1,000 kaki ke atas, manakala di selatan mereka dijumpai di kawasan berketinggian 6,000 kaki. Haiwan ini jarang diumpai kawasan [[Tasik-Tasik Besar]]; walaubagaimanapun, populasi mereka jarang ditemui di kawasan berhampiran jalanraya. Di [[Barat Tengah Amerika Syarikat|Midwest]], mereka ialah spesies yang diberikan perhatian seperti di [[Ohio]], manakala di Michigan dan [[Indiana]] mereka diberikan Perhatian Khas . Haiwan ini memilih kawasan hutan, dengan kelembapan sederhana pada bahagian lantai hutan. Haiwan ini juga dijumpai di kawasan rumput bersemak, ladang ternakan, atau di balik longgokan kayu pada tanah basah dan lembap. Kadangkala mereka dijumpai membasahkan diri di dalam tasik cetek dan lumpur, terutamanya ketika cuaca panas. Walaubagaimanapun, haiwan ini akan tenggelam jika diletakkan di dalam air yang terlalu dalam.<ref>http://www.chelonia.org/articles/TerrapenecareSZ.htm</ref>
 
== Pembiakan ==
Proses pembiakan bermula ketika penghujung musim bunga, musim panas, dan awal-awal bulan musim luruh. Namun proses bertelur bermula pada bulan Mei dan Jun atau ketika musim hujan. Selepas menemui pasangan mengawan, mereka akan melalui tiga fasa. Semasa proses penyuburan, kura-kura betina mula mencari kawasan untuk membina sarang yang sesuai. Pemilihan kawasan sarang sangat penting bagi pembentukan telur, terutamanya melibatkan suhu dan kehadiran pemangsa. Suhu mempengaruhi jantina anak kura-kura yang bakal lahir, kadar pertumbuhan, dan juga kesihatannya. Kura-kura betina menggunakan kaki belakang untuk mengorek tanah dan proses ini mengambil masa selama 2 hingga 6 jam. Telur yang telah dihasilkan kemudian ditanam dalam kedudukan tertentu. Bentuk telurnya bujur, 3 cm panjang, berwarna putih krim. Sarang kemudiannya ditutup dengan tanah, rumput atau daun.<ref>{{Cite journal|last=Congello|first=Karin|year=1978|title=Nesting and egg laying behavior in Terrapene carolina|url=|journal=Proceedings of the Pennsylvania Academy of Science|volume=52|pages=51–56|via=}}</ref> Kura-kura betina boleh bertelur di mana-mana sahaja dengan satu atau lima kali penetasan sebanyak 1 hingga 9 biji setahun. Kura-kura betina menyimpan sperma jantan di bahagian oviduktusnya selama beberapa tahun sehingga keadaan mengizinkan ia bertelur. Proses pengeraman dipengaruhi oleh suhu dan proses penetasan bermula sama ada 50 ke 70 hari.<ref>{{Cite journal|last=Burke|first=Russell L.|year=2011|title=Nesting ecology and hatching success of the eastern box turtle, Terrapene carolina, on Long Island, New York|url=|journal=The American Midland Naturalist|volume=hari|pages=137–142|via=|doi=10.1674/0003-0031-165.1.137}}</ref><ref name=":0">{{Cite book|title=North American Box Turtles: A Natural History|last=Dodd|first=C. Kenneth|publisher=University of Oklahoma Press|year=2001|isbn=0806135018|location=|pages=|quote=|via=}}</ref>
 
== Rujukan ==