Proton Saga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Islam Al-Behairy (bincang | sumb.)
Islam Al-Behairy (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 137:
Saga generasi ketiga ini telah ditempatkan sebagai sedan aras permulaan, lagi bawah daripada [[Proton Persona (BH)|Persona]] yang lebih besar dengan segmen B. Tahap piawai keselamatan juga telah dipertingkatkan dengan pengenalan kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan struktur badan yang 20% lebih kuat. [[ASEAN NCAP]] telah menganugerahkan penarafan keselamatan sebanyak 4 bintang untuk Saga baharu.
 
=== Anugerah dan pengiktirafan ===
 
Sejak generasi kedua Proton Saga ini dilancarkan pada Januari 2008, model ini telah memenangi 3 anugerah automotif utama. Autocar Asean, edisi Malaysia bagi majalah kereta yang paling lama bertahan dalam sejarah telah menganugerahkan Saga baru sebagai "Pemenang Kategori Sedan / Hatchback Kecil" pada tahun 2008. Tidak lama kemudian, kereta ini dipilih sebagai "Kereta Rakyat Terbaik" oleh Anugerah Industri Asian Auto - VCA 2008<ref>http://www.star-motoring.com/news/story.asp?file=/2008/7/23/motornews/20080808201129&sec=motornews</ref>. Pada bulan November tahun yang sama, model generasi kedua Saga juga telah memenangi satu lagi anugerah besar dalam bidang automotif di Malaysia apabila diisytiharkan sebagai "Pemenang Kategori Kereta Peringkat Permulaan" semasa Anugerah Kereta Tahunan New Straits Times/ Maybank 2008.<ref>http://blog.autoworld.com.my/index.php/tag/proton-saga/</ref>
* Anugerah Bintang Meningkat Naik - Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016<ref>http://m.utusan.com.my/bisnes/korporat/proton-menang-anugerah-asean-ncap-2016-1.414973</ref>
* Kereta Nilai Untuk Wang - Anugerah Kereta Tahunan Malaysia (COTY) 2017<ref>
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/16/proton-menang-dua-anugerah/</ref>
* Sedan Kompak Terbaik - Anugerah Kereta Tahunan (VOTY) DSF.my Allianz 2018<ref>http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/proton-saga-menang-anugerah-sedan-kompak-terbaik-1.675404</ref>
* 3 Kereta Bandar Terbaik Malaysia - Anugerah Aurizn 2018 'Kereta Tahunan Malaysia'<ref>https://www.evomalaysia.com/2018-aurizn-awards-cars-of-malaysia-winners/</ref>
 
== Rujukan ==