Perang Jepun-Rusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40:
== Peperangan ==
=== Perang tahun 1904 ===
Port Arthur, di Semenanjung Liaodong di selatan Manchuria, telah diperkuatkan Rusia hingga menjadi sebuah pangkalan Tentera Laut besar. Jepun memerlukan kuasa laut untuk berperang di daratan Asia, kerana itu tujuan ketenteraan pertama mereka adalah meneutralkan armada Rusia di Port Arthur. Pada [[8 Februari]] malam, armada Jepun di bawah pimpinan AdmiralLaksamana [[HeihachiroTōgō TogoHeihachirō]] memulakan peperangan dengan sebuah serangan [[torpedo]] mendadak pada kapal-kapal Rusia di Port Arthur, sehingga membuat dua kapal perang Rusia rosak teruk. Serangan-serangan itu berkembang menjadi [[Pertempuran Port Arthur]] esok paginya. Siri pertempuran laut yang tidak memberikan hasil yang menentukan pun terjadi. Pada kesempatan itu, Jepun gagal menyerang Rusia dengan menggunakan meriam-meriam darat dari pelabuhan, dan armada Rusia menolak untuk meninggalkan pelabuhan itu dan pergi ke laut terbuka, khususnya selepas kematian AdmiralLaksamana [[Stepan Osipovich Makarov]] pada [[13 April]] . Pertempuran-pertempuran ini memberikan perlindungan bagi sebuah pasukan Jepun untuk mendarat dekat [[Incheon]] di Korea, dan dari sana mereka menduduki [[Seoul]] dan seterusnya seluruh Korea. Pada akhir April, tentera Jepun di bawah [[Kuroki Itei]] bersiap-siap menyeberangi sungai [[Yalu]] ke Manchuria yang ketika itu diduduki Rusia.
 
Sebagai jawapan terhadap strategi Jepun yang memberikan kemenangan pantas untuk menguasai Manchuria, Rusia melakukan tindakan-tindakan penghalang untuk memperoleh cukup masa untuk menunggu tibanya pasukan-pasukan tambahan yang datang melalui [[jalan kereta api Trans-Siberia]] yang panjang. Pada [[1 Mei]], pecahlah [[Pertempuran Sungai Yalu (1904) | Pertempuran Sungai Yalu]]. Dalam pertempuran ini pasukan-pasukan Jepun menyerang sebuah kedudukan Rusia setelah mereka menyeberangi sungai itu tanpa menghadapi perlawanan. Ini adalah sebuah pertempuran besar pertama dari perang ini di daratan. Pasukan-pasukan Jepun bergerak maju dan mendarat di beberapa titik di pantai Manchuria, serta melakukan sejumlah pertempuran hingga memaksa pasukan-pasukan Rusia kembali ke Port Arthur. Pertempuran-pertempuran ini, termasuk [[Pertempuran Nanshan]] pada [[25 Mei]], ditandai oleh kekalahan besar Jepun dalam serangan kepada sejumlah kedudukan kuat Rusia, tetapi tentera Rusia tetap bersikap pasif dan tidak melakukan serangan balasan.