Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Vermont (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 60.52.69.93 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Teg: Undur
Vermont (bincang | sumb.)
undo - intended to only remove blogspot link
Teg: Buat asal
Baris 39:
 
Bermula pada 16 Ogos 1996, SMK Gum-Gum diterajui oleh pengetua yang kedua iaitu En. Hussein Abd. Manaf sehingga tahun 1998, kerana pada tahun tersebut SMK Gum-Gum dinaikkan taraf ke gred A. Setelah penaikkan taraf ini SMK Gum-Gum diterajui oleh pengetua yang ketiga iaitu Tuan Hj. Abdullah Hj. Isa. Pertambahan guru, pelajar dan kakitangan sokongan diharap dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah. Ini terbukti dengan kejayaan sekolah menerima anugerah “Sekolah Harapan Negara” kategori luar bandar dari Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 ekoran prestasi cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM.{{fact}}
 
Sepanjang tempoh perkhidmatan Tn. Hj. Abdullah Hj. Isa iaitu pada 7 Januari 2003 sekali lagi SMK Gum Gum mencatat sejarah yang tersendiri apabila sekolah ini sekali lagi berpindah ke lokasi baru yang lebih besar dan selesa serta lengkap dengan berbagai kemudahan infrastruktur.  Sekolah baru ini mempunyai kemudahan lima buah blok bangunan, bengkel pertanian, makmal komputer, kantin dan dilengkapi dengan kemudahan sukan seperti padang serbaguna, gelanggang bola keranjang, tenis, bola tampar, sepak takraw.  Pada 31 Disember 2003, Tn. Hj. Abdullah Hj. Isa juga menamatkan perkhidmatannya sebagai pengetua di SMK Gum Gum kerana persaraan wajib.
 
Sepanjang tempoh ketiadaan pengetua (Januari 2004 – Ogos 2004) tugas sebagai pengetua dipikul oleh Pn. Hamidah Awang Lukman yang memegang jawatan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah.
 
Pada 2 Ogos 2004 sekali lagi SMK Gum Gum menerima kehadiran pengetua baru yang keempat iaitu En. Rukimin Bin Sulit.  Sebelum ini beliau bertugas di SMK Sung Siew Sandakan.  En. Rukimin merupakan Guru Pakar Sains. Pada masa ini bilangan pelajar SMK Gum Gum hanya seramai 620 orang. Kemerosotan jumlah pelajar ini disebabkan pembukaan sekolah-sekolah baru seperti SMK Libaran, SMK Segaliud, dan SMK Balaban Jaya yang menyebabkan sebahagian pelajar ditempatkan dan berpindah ke sekolah berkenaan.  En. Rukimin Sulit hanya berkhidmat di sekolah ini selama empat tahun kerana beliau dinaikkan pangkat dan ditempatkan di SMK Telupid, Sandakan. Beliau bertukar ke SMK Telupid pada Februari 2008.
 
Pada 15 Februari 2008, sekali lagi SMK Gum Gum menerima kehadiran pengetua baru yang kelima iaitu En. Roslan Bin Diming, yang sebelum ini bertugas sebagai pengetua di SMK Telupid, Sandakan.
 
Pada 16 Februari 2011, Encik Roslan Diming telah ditukarkan ke SMK Agama Tun Juhar Sandakan. Tempatnya telah digantikan oleh Tuan Haji Mohd Khairul Anuar Bin Abdullah yang mula bertugas secara rasmi pada 10 Jun 2011 sehingga sekarang.
 
==Pencapaian==
Tahun 2007 membuka satu lembaran baru bagi SMK Gum Gum kerana kejayaan demi kejayaan tercipta seiring dengan visi sekolah menjadi 'TOP 5' di [[Sandakan]] menjelang 2010. Pembuka tirai kegemilangan tahun ini dimulakan dengan kejayaan adik Nur Munirah Basari apabila berjaya mewakili negeri Sabah ke Pertandingan [[Catur]] Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Negeri [[Sarawak]]. Kejayaan adik Nur Munirah ini merupakan kejayaan kali ketiga berturut-turut semenjak tahun 2005. Kejayaan ini diteruskan lagi apabila kontingen olaharagaolahraga SMK Gum Gum berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan mendapat 8 pingat emas dan 1 pingat perak. Atlit yang menggalas cabaran ini seramai 11 orang.
Kejayaan diteruskan lagi dengan penyertaan SMK Gum Gum dalam pertandingan Digital Storytelling Through Animation With Disney Stitch peringkat kebangsaan.
pelbagai lagi kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini antaranya:
Baris 58 ⟶ 68:
 
==Misi==
Mengungguli prestasi Menjana Keberhasilan Modal insan negara
• Memastikan kecemerlangan pencapaian dalam bidang kurikulum
• Melahirkan pelajar yang berkepimpinan dan berpotensi tinggi dalam bidang kurikulum
• Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak dan berketerampilan
• Memupuk budaya kerja yang telus dan tulus
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk warga sekolah.
 
==Visi ==
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Smk Gum-Gum Cemerlang Menjelang 2013
 
== Alamat==
Baris 81 ⟶ 87:
[[Kategori: Sekolah menengah kebangsaan di Sabah|Gum-Gum]]
[[Kategori: Sekolah menengah di Sabah|Gum-Gum]]
 
http://psssmkgumgum.blogspot.com/2015/05/laman-web-yang-mungkin-berguna-untuk.html