Perbezaan antara semakan "Bulla paus"

1,206 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Bulla paus''' atau '''titah-perintah'''/'''warta''' paus''' (''papal bull'') merupakan suatu jenis [[paten surat]] tertentu (''[[:en:letters patent|letters patent]]'') atau piagam yang dikeluarkan oleh seorang [[Paus (Katolik)|Paus]] [[Gereja Katolik Rom]]. Istilah yang digunakan untuk dokumen ini berasal dari suatu [[cop mohor]] diperbuat daripada [[timah hitam]] (''bulla'') yang ditambahkan pada lipatan tertutup surat sebagai tanda pengesahan penulis atau pewartanya.
 
== Sejarah ==
Bulla kepausan telah digunakan setidaknya sejak abad ke-6, tetapi istilah ini belum digunakan sehingga sekitar akhir abad ke-13, dan kemudian baru digunakan secara dalaman untuk keperluan administratif yang tidak resmi. Pada abad ke-15, ia digunakan secara rasminya dalam salah satu perkhidmatan dari [[PejabatApostolik|Pejabat Kepausan]] dinamakan "pencatatan bulla-bulla" (''registrum bullarum'').<ref name=Thurston>[http://www.newadvent.org/cathen/03052b.htm Thurston, Herbert. "Bulls and Briefs." The Catholic Encyclopedia. Vol. 3. New York: Robert Appleton Company, 1908. 23 Jul. 2014]</ref>
 
==Format==
Isi teks warta ini tiada bentuk yang khusus, malah ia boleh dikarang seringkasnya. Bahagian penutup ia terdiri daripada suatu "''datum''" pendek yang tertera tempat, tarikh dan tahun pemerintaha si Paus serta tandatangan Paus tersebut. Suatu cap mohor dikenakan bersebelahan ''datum'' ini.
 
Titah perintah ini adakalanya ditandatangani si Paus sendiri dengan format "''Ego N. Catholicae Ecclesiae Episcopus''" ("Saya, ______ , Uskup Gereja Katolik") bersama [[monogram]] peribadinya, tandatangan para sakis serta suatu cap mohor. Tugasan tersebut kini lebibh dilakukan sebuah anggota [[Kuria Rom]] bagi pihak beliau, biasanya oleh Setiausaha Negara Kardinal, maka sebarang monogram tidak dipakai.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
== Bacaan lanjut ==
* Albert, C.S. “[https://books.google.com/books?id=93ErAAAAYAAJ&pg=PA67#v=onepage&q=&f=false Bull].” ''Lutheran Cyclopedia.'' New York: Scribner, 1899. p.&nbsp;67
* [http://www.papalencyclicals.net/ Papal Encyclicals Online]
* [http://www.shc.edu/theolibrary/docs.htm List of Conciliar documents at the Theology Library]
* [http://www.documentacatholicaomnia.eu/01_60_1692-1692-_Cherubini_Laerzio.html Cherubini Laertius: Magnum Bullarium Romanum]