Darjah kebesaran negeri Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Negeri Sabah dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan Negeri Sabah.
 
== '''Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK)''' ==
 
Seri Panglima Darjah Kinabalu ialah Darjah Kebesaran yang tertinggi di Sabah. Darjah ini dikurniakan kepada kerabat-kerabat Di-Raja Malaysia, pemimpin-pemimpin utama di Sabah, mereka yang berkedudukan tinggi di Sabah dan dengan kedudukan itu telah memberikan khidmat bakti dengan cemerlangnya untuk negeri Sabah selama beberapa tahun.Pemegang Darjah ini terhad kepada 125 orang penerima (yang masih hidup) sahaja bagi sesuatu masa, tidak termasuk Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan bekas Yang di-Pertua Negeri. Barangsiapa dilantik menjadi [[Yang di-Pertua Negeri Sabah]], maka pelantikannya itu dengan sendirinya membawa gelaran tersebut walaupun selepas bersara daripada jawatan Yang di-Pertua. Mereka yang mendapat gelaran S.P.D.K. secara kehormat tidak terjumlah dalam had senarai jumlah penerima keseluruhan.