Perbezaan antara semakan "Bahasa Melayu"

 
=== Pengaruh Inggeris ===
Pengaruh [[bahasa Inggeris]] dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk menggambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan khusus untuk merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini ialah ''konotasi'' ({{Jawi|كونوتاسي}}; ''connotation''), ''kompromi'' ({{Jawi|كومڤرومي}}; ''compromise'') dan ''siri'' ({{Jawi|سيري}}; ''series''). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media percetakan dalam bahasa Melayu di [[Malaysia]] seperti pada akhbar [[Utusan Malaysia]] telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu-satunya kenyataan bernada bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, [[Mahathir bin Mohamad]] meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" ({{Jawi|باجيت}}) menggantikan perkataan "belanjawan" ({{Jawi|بلنجاوان}}) semasa pembentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.
 
Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.
<table align="center" cellspacing="8">
<tr><th>Bahasa Inggeris</th><th>Bahasa Melayu</th></tr>
<tr><td align="center">Bookbook</td><td align="center">Bukubuku</td></tr>
<tr><td align="center">Lamplamp</td><td align="center">Lampulampu</td></tr>
<tr><td align="center">Ballball</td><td align="center">Bolabola</td></tr>
<tr><td align="center">Mindmind</td><td align="center">Mindaminda</td></tr>
<tr><td align="center">Chequecheque</td><td align="center">Cekcek</td></tr>
<tr><td align="center">Busbus</td><td align="center">Basbas</td></tr>
<tr><td align="center">Taxitaxi</td><td align="center">Teksiteksi</td></tr>
 
</table>
 
Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar [[2003]]), stesen televisyen milik kerajaan [[Malaysia]] [[RTM 1]] (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" ({{Jawi|سالورن اينفوتاينمن اندا}}; daripada bahasa Inggeris ''Your Infotainment Channel'') dan ini menimbulkan kontroversi apabila [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa ''-tain-'' yang harus disebut seakan perkataan Melayu ''main'', dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DBP dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "''Infohibur''" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan [[Radio Televisyen Malaysia]] enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun [[2006]] tema ini ditukarkan ke ''Saluran Inforia'' ({{Jawi|سالورن اينفوريا}}).
 
* {{en}} [http://news.nationalgeographic.com/news/2004/02/0226_040226_language.html Lebih mengenai pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu]
2,835

suntingan