Piala Dunia FIFA: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Kacha Permata (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Muhammad Roslee
Teg: Undur
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Baris 58:
Perlawanan bola sepak antarabangsa yang pertama telah dilangsungkan pada tahun 1872 di antara [[Pasukan bola sepak kebangsaan England|England]] dan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Scotland|Scotland]], walaupun pada peringkat ini sukan ini telah jarang dimainkan di luar [[United Kingdom|Great Britain]]. Disebabkan populariti bola sepak ini mula meningkat, ia menjadi satu [[perlawanan pertunjukan|sukan pertunjukan]] (dengan tiada pingat dihadiahkan) pada [[Sukan Olimpik 1900|1900]], [[Sukan Olimpik 1904|1904]] dan [[Sukan Olimpik 1906|1906]] sebelum bola sepak menjadi pertandingan rasmi pada [[Sukan Olimpik 1908]]. Diuruskan oleh [[Persatuan Bola Sepak England]], acara ini hanya menjadi acara bagi pemain [[amatur]] dan lebih dianggap sebagai satu pertunjukan daripada satu pertandingan. [[Pasukan bola sepak kebangsaan amatur England]] telah memenangi acara berkenaan pada kedua-dua tahun 1908 dan [[Sukan Olimpik 1912|1912]].
 
Kesinambungan acara berkenaan dengan acara Olimpik hanya boleh dipertandingan di antara pasukan-pasukan amatur sahaja, Sir [[Thomas Lipton]] mengadakan pertandingan [[Piala Sir Thomas Lipton]] di [[Turin]] pada 1909. Pertandingan ini biasanya digambarkan sebagai ''Piala Dunia Pertama'',<ref>[http://www.shrewsbury.gov.uk/Public/news/thomaslipton.htm 'Piala Dunia Pertama'. Piala Sir Thomas Lipton]. Majlis Daerah Shrewsbury dan Atcham. DizahirkanDicapai pada [[11 April]] [[2006]].</ref> dan memaparkan kelab-kelab ternama dari [[Itali]], [[Jerman]] dan [[Switzerland]]. Pertandingan julung kali ini telah dimenangi oleh [[West Auckland Town F.C.|Auckland Barat]], pasukan amatur daripada timur-laut [[England]] yang telah dijemput selepas persatuan bola sepaknya menolak untuk dikaitkan dengan pertandingan berkenaan. Auckland Barat kembali pada 1911 untuk mempertahankan kejuaraan berkenaan dan piala berkenaan telah diberikan kepada kelab berkenaan selama-lamanya mengikut peraturan pertandingan tersebut.
 
Dalam tahun 1914, FIFA bersetuju untuk mengiktiraf pertandingan Olimpik sebagai "pertandingan dunia untuk amatur"<ref>[http://www.fifa.com/en/history/history/0,1283,4,00.html Dimana semuanya bermula], Laman rasmi FIFA. Diterbitkan pada [[10 April]] [[2006]].</ref>, dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan acara berkenaan. Ini memberikan laluan kepada pertandingan antara benua yang pertama, pada [[Sukan Olimpik 1924]]. [[Pasukan bola sepak kebangsaan Uruguay|Uruguay]] telah memenangi kejohanan berkenaan,<ref name="FIFA1930">[http://fifaworldcup.yahoo.com/06/en/p/pwc/1930.html Uruguay 1930] Laman Piala Dunia FIFA. Diterbitkan pada [[9 Januari]] [[2006]].</ref> sebelum memenangi pingat emasnya kembali pada tahun [[Sukan Olimpik 1928|1928]], dengan pasukan [[Amerika Selatan]] yang lain. [[Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina|Argentina]] merangkul pingat perak. Pada [[28 Mei]] [[1928]], FIFA telah membuat keputusan untuk mempertandingkan sendiri kejohanan itu. Dengan [[Uruguay]] sekarang mempunyai dua kali gelaran kejuaraan dan demi meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-100 pada tahun 1930, FIFA menamakan Uruguay sebagai tuan rumah piala dunia yang pertama. Perlu dicatat juga, [[Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia|Indonesia]] melakukan kemunculan pertamanya di Piala Dunia [[Piala Dunia FIFA 1938|1938]], yang juga merupakan penyertaan peserta dari zon Asia pertama, kerana ketika kelayakan berlangsung, [[Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun|Jepun]] tidak menyertainya. Indonesia yang saat itu dikenal sebagai "[[Hindia-Belanda]]" (mewakili persekutuan sepak bola Hindia-Belanda, [[Nederlandsch Indische Voetbal Unie|NIVU]]) kalah 0-6 kepada [[pasukan bola sepak kebangsaan Hungary|Hungary]].