Perbezaan antara semakan "Florence Nightingale"

tiada ringkasan suntingan
Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di [[Florence]], [[Itali]] dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada tahun 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat ialah wanita miskin) dan wanita British daripada keturunan berada sepertinya dijangka menjadi isteri yang patuh.
 
Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa [[Perang Crimea]]. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor. Bersama-sama dengan 38 [[jururawat]] lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Florence yang mempercayai [[teori penyakit Miasma]]<ref>[http://www.ph.ucla.edu/epi/snow/1859map/cholera_prevailingtheories_a2.html SEJARAH RINGKAS KETIKA ERA SALJI (1813-58)]</ref><ref>Siapakah [http://www.ibms.org/pdf/pdf_science/william_farr.pdf William Farr?]</ref><ref>{{cite web|url=http://www.scpub.org/data//files/revinfdischron-9694.pdf|title=Pembangunan Teori Kuman Penyakit|accessdate=2018-11-17}} {{dead link|date=November 2018}}</ref> menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan [[hospital]] dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.
 
Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, justeru sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan [[tifus]], [[demam kepialu]], [[penyakit Taun]] dan [[disenteri]], dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (''sanitasi'') yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit menjadi lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.
2,835

suntingan