Redzuawan Ismail: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Title
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
}}
 
'''[[Pensyarah#Profesor adjung|Profesor Adjung]] Datuk (Dr) '''Redzuawan Ismail''' atau lebih dikenali sebagai '''Chef Wan''' (lahir 6 Januari 1958) adalah seorang [[Malaysia|Chef]], [[pengacara]], [[penulis]], dan [[pelakon]] [[Malaysia]] yang terkenal.
 
== Kehidupan awal==
Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1958 di [[Singapura]]. Beliau merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik kepada pasangan Ismail Md Nor dan Noraini Abdullah. Bapa beliau merupakan seorang askar berpangkat korperal dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala ibunya merupakan seorang suri rumah yang berasal dari Singapura. Chef Wan dan keluarga berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya dipindahkan dari The British Royal Air Force ke The Malaysian Air Force ketika beliau berumur 3 tahun.
 
Chef Wan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Terandak, Melaka.Beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Chef Wan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan perakaunan.Beliau memperolehi Diploma Perakaunan setelah menamatkan pengajian beliau. Pada tahun 1979, Chef Wan meneruskan lagi pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti New South Wales, Australia.