Perbezaan antara semakan "Anwar Malek"

tiada ringkasan suntingan
Anwar masih menetap di [[Muar]] sejak 1920-an dan mengenali Dato' Onn ketika itu, beliau yakin dengan kepimpinan Onn yang ketika itu pegawai daerah [[Batu Pahat]]. Anwar Malek, Syed Alwi al-Hadi dan Syed Abdul Rahman Abu Bakar, memandu ke Batu Pahat, membincangkan rancangan mereka itu dengan Onn. Mereka kemudian disertai oleh [[Mohamed Noah Omar]], seorang majistret (yang kemudian menjadi Speaker Parlimen pertama) dan Syed Ahmad Alwi. Mereka berenam berbincang berterusan tentang strategi dan tindakan sehingga 3.30 pagi di rumah Noah dan Anwar menjadi wakil kumpulan dari [[Johor Bahru]] membentangkan cadangan mereka itu.
 
Ketika itu, parti dan persatuan Melayu sangat sedikit. Kesemuanya, sama ada yang ditubuhkan sebelum perang atau baru muncul, mengutuk Rundingan MacMichael. Ini disebabkan mereka lebih setia kepada Sultan dan Negeri mereka. Apa yang diperlukan sekarang ialah satu persatuan yang besar yang merangkumi semua untuk menyatukan lagi bangsa [[Melayu]]. Onn yang ketika itu memimpin orang Melayu [[Batu Pahat]] menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Pergerakan itu telahpun menarik minat ribuan ahli dari [[Muar]], [[Tangkak]], [[Kluang]] dan [[Pontian]]. Apabila Onn bertanya apakan nama yang sesuai untkuntuk parti baru tersebut, Anwar mencadangkan "''United Malays Organisation''" (UMO - Pertubuhan Melayu Bersatu) yang diilhamkan oleh penubuhan "''[[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu|United Nations Organisation]]''" (UNO - Pertubuhan Bangsa Bersatu) yang menggabungkan banyak negara untuk keamanan selepas [[Perang Dunia II]].
 
Kemudiannya, mereka berenam berjumpa lagi di rumah Onn. Beliau mengimlakkan sepucuk surat kepada [[Utusan Melayu]] yang mengumumkan pembentukan UMO dan mencadangkan Kongres bagi semua persatuan Melayu membentuk parti tersebut. Surat Onn menaikkan semangat orang Melayu untuk bertindak bersama.