Terrapene carolina carolina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Amanhasler (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 83:
 
== Taburan dan habitat ==
Kura-kura Katup TimuTimur ini dijumpai di timur Amerika Syarikat. Haiwan ini biasa ditemui di utara hingga ke selatan [[Maine]] serta selatan dan timur [[Michigan]], selatan [[Florida]], dari barat ke timur [[Kansas]], [[Oklahoma]], dan [[Texas]]. Di bahagian utara, mereka juga dijumpai berada di tanah-tanah yang berketinggian 1,000 kaki ke atas, manakala di selatan mereka dijumpai di kawasan berketinggian 6,000 kaki. Haiwan ini jarang diumpai kawasan [[Tasik-Tasik Besar]]; walaubagaimanapun, populasi mereka jarang ditemui di kawasan berhampiran jalanraya. Di [[Barat Tengah Amerika Syarikat|Midwest]], mereka ialah spesies yang diberikan perhatian seperti di [[Ohio]], manakala di Michigan dan [[Indiana]] mereka diberikan Perhatian Khas . Haiwan ini memilih kawasan hutan, dengan kelembapan sederhana pada bahagian lantai hutan. Haiwan ini juga dijumpai di kawasan rumput bersemak, ladang ternakan, atau di balik longgokan kayu pada tanah basah dan lembap. Kadangkala mereka dijumpai membasahkan diri di dalam tasik cetek dan lumpur, terutamanya ketika cuaca panas. Walaubagaimanapun, haiwan ini akan tenggelam jika diletakkan di dalam air yang terlalu dalam.<ref>http://www.chelonia.org/articles/TerrapenecareSZ.htm</ref>
 
== Pembiakan ==
Proses pembiakan bermula ketika penghujung musim bunga, musim panas, dan awal-awal bulan musim luruh. Namun proses bertelur bermula pada bulan Mei dan Jun atau ketika musim hujan. Selepas menemui pasangan mengawan, mereka akan melalui tiga fasa. Semasa proses penyuburan, kura-kura betina mula mencari kawasan untuk membina sarang yang sesuai. Pemilihan kawasan sarang sangat penting bagi pembentukan telur, terutamanya melibatkan suhu dan kehadiran pemangsa. Suhu mempengaruhi jantina anak kura-kura yang bakal lahir, kadar pertumbuhan, dan juga kesihatannya. Kura-kura betina menggunakan kaki belakang untuk mengorek tanah dan proses ini mengambil masa selama 2 hingga 6 jam. Telur yang telah dihasilkan kemudian ditanam dalam kedudukan tertentu. Bentuk telurnya bujur, 3 cm panjang, berwarna putih krim. Sarang kemudiannya ditutup dengan tanah, rumput atau daun.<ref>{{Cite journal|last=Congello|first=Karin|year=1978|title=Nesting and egg laying behavior in Terrapene carolina|url=|journal=Proceedings of the Pennsylvania Academy of Science|volume=52|pages=51–56|via=}}</ref> Kura-kura betina boleh bertelur di mana-mana sahaja dengan satu atau lima kali penetasan sebanyak 1 hingga 9 biji setahun. Kura-kura betina menyimpan sperma jantan di bahagian oviduktusnya selama beberapa tahun sehingga keadaan mengizinkan ia bertelur. Proses pengeraman dipengaruhi oleh suhu dan proses penetasan bermula sama ada 50 ke 70 hari.<ref>{{Cite journal|last=Burke|first=Russell L.|year=2011|title=Nesting ecology and hatching success of the eastern box turtle, Terrapene carolina, on Long Island, New York|url=|journal=The American Midland Naturalist|volume=hari|pages=137–142|via=|doi=10.1674/0003-0031-165.1.137}}</ref><ref name=":0">{{Cite book|title=North American Box Turtles: A Natural History|last=Dodd|first=C. Kenneth|publisher=University of Oklahoma Press|year=2001|isbn=0806135018|location=|pages=|quote=|via=}}</ref>
 
== Diet ==
Tabiat pemakanan kura-kura ini bergantung kepada citarasa individunya, cuaca, pencahayaan dan persekitaran.
Tidak seperti haiwan berdarah panas, metabolisme mereka tidak mempengaruhi selera; sebaliknya mereka mengurangkan aktiviti fizikal dengan memasukkan seluruh anggota badan ke dalam cangkerang, berhenti makan sehingga keadaan pulih sediakala.
 
Kura-kura liar lebih cenderung bersifat [[maserba]]. Makanan mereka terdiri daripada pelbagai jenis seperti [[cacing tanah]], [[siput]], [[lintah]], [[larvae]], [[kumbang]], [[beluncas]], [[rumput]], [[buah]] gugur, [[beri]], [[cendawan]], [[bunga]], rumpai, dan [[udang]] kecil. Kajian oleh [[Jug Bay Wetlands Sanctuary]] di [[Maryland]] menunjukkan kura-kura ini juga makan burung-burung yang terperangkap pada jaring. Namun, biasanya mereka akan memilih makanan yang dilihat menarik, seperti [[burger]] atau [[telur]], walaupun kadangkala makanan tersebut tidak sihat pada mereka.<ref name=":0" /> Kura-kura ini dikatakan makan makanan beracun seperti kulat menjadikan masyarakat asli tidak menyukai daging mereka. Terdapat teori yang menyatakan kura-kura muda bersifat [[maging]] berbanding dewasa. Walaubagaimanapun, tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan ini.
 
== Rujukan ==