Mak Yong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 39:
 
Pada akhir-akhir [[1960-an]], sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh [[kebudayaan Barat]] yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.
 
Tarian Mak Yong turut diharamkan oleh PAS kerana asal usulnya berkait rapat dengan animisme dan Hindu-Buddha yang tiba lebih awal di Asia berbanding dengan Islam.[[https://www.thestar.com.my/news/nation/2007/03/01/kelantan-refuses-to-lift-mak-yong-ban/ 2]] Arwah Cik Ning merupakan penari Mak Yong yang terkenal pada 1980-an. Pada tahun 2005, UNESCO telah menggelar Mak Yong sebagai "''Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity''".[[https://ich.unesco.org/en/RL/mak-yong-theatre-00167 3]]
 
Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh [[Kumpulan Seri Temenggung]], sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.