Ludwig van Beethoven: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14:
}}
 
'''Ludwig Van Beethoven''' (dibaptiskan [[17 Disember]] [[1770]][[26 Mac]] [[1827]]) ialah seorang [[penggubah]] [[Jerman]] dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah [[muzik klasikal]]. Beliau juga merupakan seorang ahli [[muzik]] terpenting dalam tempoh peralihan antara [[muzik era klasikal]] dan [[muzik era romantis]] di dalam [[muzik barat]]. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai [[penggubah]]-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli [[muzik]] dan para pendengar. <ref>Kerman and Tyson</ref> Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang [[penggubah]], Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.
 
Beethoven berpindah ke [[Vienna]], [[Austria]], ketika berumur awal 20-an, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah bimbingan [[penggubah]] ternama, [[Joseph Haydn]] dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang amat cemerlang.