Johann Sebastian Bach: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Fail:JSBach.jpg|thumb|250px|right|'''Johann Sebastian Bach''']]
 
'''''Johann Sebastian Bach''''' (21 Mac 1685–28 Julai 1750) adalah seorang [[penggubah]] dan pemain organ [[Jerman]] yang prolifik. Karya [[Agama|keagamaan]] dan [[Sekularisme|sekularnya]] untuk alat-[[alat muzik]] [[koir]], [[orkestra]] dan [[solo]] menggabungkan elemen-elemen [[muzik era barok]] dan membawa [[muzik]] era tersebut ke peringkat kematangan muktamad. Walaupun beliau tidak memperkenalkan sebarang bentuk yang baru, beliau memperkayakan gaya [[Jerman]] yang lazim dengan teknik gaya gerak imbang, pengawalan penyusunan harmonik dan motivik dari skala terkecil sehingga ke terbesar, dan pemadanan [[irama]] dan jalinan dari luar negeri, khususnya dari [[Itali]] dan [[Perancis]]. Ramai orang menganggap Bach sebagai [[penggubah]] Barok yang terutama, serta salah seorang penggubah yang terutama dalam sejarah. Bersama-sama dengan tokoh-tokoh seperti [[George Frideric Handel]], beliau merupakan salah satu tokoh yang terkemuka dalam peralihan daripada [[muzik era barok]] ke [[muzik era klasikal]].
 
Karya-karya Bach yang dihormati kerana mempunyai sifat intelektual yang mendalam, penguasaan teknik, dan keindahan seni, telah mengilhami kesemua ahli muzik dalam tradisi [[Eropah]], daripada [[Wolfgang Amadeus Mozart|Mozart]] sehingga ke Arnold Schoenberg. Antara karya-karyanya ialah: