Sekolah Kebangsaan Kuala Berang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 30:
 
==Sejarah ==
Sekolah Kebangsaan Kuala Berang (SKKB) yang merupakan antara sekolah terawal di Negeri Terengganu diasaskan pembinaannya pada tahun 1925. Mengikut sejarah, sekolah ini bermula dengan sebuah bangsal yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Bangunan yang dibina bagi membolehkan anak-anak mukim menimba ilmu pengetahuan itu, didirikan di atas sebidang tanah yang seluasnya kira-kira 2 ekar. Bagi tujuan keselamatan, pembinaan sekolah ini dibuat berhampiran dengan pondok polis sekitar pekan Kuala Berang.<ref>[http://skkualaberang.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html Sejarah Sekolah Kebangsaan Kuala Berang]</ref>
 
Pada tahun 1926, kerajaan telah membina sebuah bangunan kayu bersaiz 50 X 22 kaki, bagi mengantikan bangsal tersebut, serta sebuah rumah guru. Tapak sekolah tersebut yang pada masa itu yang dikenali sebagai “Sekolah Melayu Kuala Brang” merupakan tanah rezab kerajaan.Sekolah Kebangsaan Kuala Berang merupakan sekolah yang tertua di daerah Hulu Terengganu dan menjadi tempat “percambahan benih” sekolah-sekolah di daerah ini. Selepas pembinaan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, barulah lebih banyak sekolah rendah dan menengah lain dibina di daerah ini, terutamanya selepas perang dunia kedua.Selepas perang dunia kedua, sekolah ini mula berkembang dan semakin ramai kanak-kanak dihantar ke sini untuk menimba ilmu pengetahuan.