Tayangan Unggul: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
 
==Sejarah==
Ditubuhkan pada November 1996, sebagai unit hiburan [[Astro Ria]] Tayangan Unggul berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran [[filem]]. Sebagai anak syarikat [[Astro All Asia Networks plc|Astro All Asia Networks plc]], Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri perfileman Malaysia, sendiri menjadi pesaing utama kepada syarikat filem utama seperti [[Grand Brilliance]] filem tanahair.<ref name="Tayangan Unggul">[http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=363518 Profil Tayangan Unggul] di Mforum.Cari.com.my.</ref>
 
Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang 3 objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem.<ref name="Tayangan Unggul"/> Pertama, mempelbagaikan [[genre]] filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.<ref name="Tayangan Unggul"/>