Bara (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
Pada satu malam, Effa akhirnya berjaya meloloskan diri dari kawalan Ah Boon dan Dino. Amri yang pada ketika itu hendak pulang dari kerja, bertemu dengan Effa yang berjaya menyembunyikan diri dalam kereta yang dipandu oleh Amri. Dari situlah mereka mula berkenalan dan Amri memberikan perlindungan kepada Effa dengan meninggalkannya di rumah Mona '''([[Azza Elite]])''' buat sementara waktu.
 
Kehilangan Effa membuatkan Carlos menjadi berang dan memarahi Ah Boon dan Dino kerana tidak mengawal ketat Effa pada malam itu. Ziman yang mengetahui akan hal tersebut pada mulanya merendah-rendahkan Effa hanya disebabkan status Effastatusnya sebagai bekas pelacur, namun mula berubah setelah dimarahi oleh Amri. Effa berasa selamat di bawah jagaan Amri dan rakan-rakan yang lain.
 
Setelah dua bulan tinggal bersama Mona, Effa akhirnya bekerja sebagai pelayan di kelab tempat Amri dan Ziman bermain muzik. Hubungan Amri dan Effa kian intim dan Amri menerima Effa seadanya walaupun tahu akan apa yang telah berlaku ke atas diri Effa selama ini. Malangnya, Carlos muncul di kelab malam selepas menjejaki Effa dan memalukannya di tempat itu. Ini menyebabkan hubungan Amri dan Effa renggang kerana Amri merasakan bahawa dirinya dikhianati kerana Effa masih melakukan perbuatan terkutuk itu. sedangkan Effa sudah tidak melakukannya lagi.