Tuanku Abdul Rahman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 43:
Tuanku Abdul Rahman mangkat ketika beradu di [[Istana Negara, Jalan Istana|Istana Negara]], [[Kuala Lumpur]] pada awal pagi 1 April 1960. Kemangkatan Seri Paduka Baginda telah diumumkan ke seluruh negara oleh [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] [[Tunku Abdul Rahman|YTM Tunku Abdul Rahman Putra]]. Kali terakhir baginda memperlihatkan diri di khayalak ramai, adalah pada 30 Mac, apabila baginda merasmikan pembukaan peraduan ke-2 bola sepak merebut piala junior Asia di [[Stadium Merdeka]].
 
Istiadat kemangkatan diadakan di Dewan Perjamuan Istana Negara. Pada 2 April 1960, perarakan mengiringi jenazah baginda telah diadakan di Kuala Lumpur, di mana keranda jati baginda kemudian dibawa oleh kereta api ke [[Seremban]] dan kemudian dengan kereta api ke [[Istana Besar Seri Menanti|Istana Besar, Seri Menanti]]. Baginda dikebumikandimakamkan di Makam Diraja di [[Seri Menanti]], [[Negeri Sembilan]] pada 5 April 1960.<ref>Mubin Sheppard (1960) ''The Death and Funeral of His Late Majesty Tuanku Abdul Rahman'' ''Malaya in History Vol 6 No. 1'' Malayan Historical Society, Kuala Lumpur</ref>
 
Dengan kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]] yang pertama, maka [[Sultan Selangor]] iaitu [[Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah|Tuanku Hisamuddin Alam Shah]], Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah diisytiharkan untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sehinggalah seorang Yang di-Pertuan Agong yang baharu dilantik oleh [[Majlis Raja-Raja]]. Manakala [[Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Munawir]] pula telah diangkat sebagai [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]].