Terrapene ornata luteola: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan '{{subspeciesbox | name = Kura-kura Katup Gurun | image = Desert-box-turtle.jpg | genus = Terrapene | species = ornata | subspecies = luteola | authority = [...')
 
Tiada ringkasan suntingan
 
'''''Terrapene ornata luteola''''' juga dikenali sebagai '''Kura-kura Katup Gurun''' ialah [[subspesies]] [[kura-kura]] yang [[Endemik|berasal]] dari barat daya [[Amerika Syarikat]] dan utara [[Mexico]]. Haiwan ini bersifat kedaratan dan kadangkala berada di dalam air. Mereka aktif pada penghujung bulan Jun atau awal Julai sehingga Oktober, dan bertambah aktif pada bulan Julai dan Ogos.<ref name="Germano">Germano, David J. (2014). Activity, Growth, Reproduction and Population Structure of Desert Box Turtles (Terrapene ornata luteola) at the Northern Edge of Chihuahuan Desert. Chelonian Conservation and Biology. Vol 13: Iss 1. Archived from the original. Retrieved 4 June 2018.</ref>
 
== Ciri-ciri ==
Ciri-ciri morfologi kura-kura ini ialah bentuk cangkerangnya yang boleh menutup keseluruhan bahagian lembut badannya. Karapasnya (cangkerang belakang) mengandungi kepingan skut yang membentuk keseluruhan cangkerang. Sangkar rusuknya bersambung dengan tulang belakang menjadikan ia berbeza berbanding kura-kura akuatik yang lain.<ref name="Dodd">Dodd, C. Kenneth. (2001). North American Box Turtles: A Natural History. University of Oklahoma Press. Vol 6. Archived from the original. Retrieved 4 June 2018.</ref>
 
Plastronnya (cangkerang hadapan) memiliki engsel yang membolehkan ia memasukkan kepala dan seluruh kakinya kedalam cangkerang (Gambar 1).<ref name="Dodd"/>
 
Kura-kura ini juga memiliki garisan kuning pada bahagian karapasnya. Plastron pula berwarna coklat dengan tompokan kuning, dengan kepala dan kakinya yang berbelak. Sesetengah kura-kura jantan memiliki kepala berwarna hijau.<ref>Ward, Joseph P. (1978). Terrapene ornata (Agassiz) Ornate box turtle. The Society for the study of Amphibians and Reptiles. Vol. 217. Archived from the original. Retrieved 8 June 2018.</ref> Warna pada badannya menyerupai warna permukaan tanah di kawasan gurun menjadikan ia satu penyamaran yang baik. Kebanyakan kura-kura jantan mempunyai mata berwarna merah.
Kura-kura jantan memiliki lekuk pada bahagian perut, berekor tebal dengan kloakanya di hujung ekor. Kaki belakang lebih panjang, kukunya panjang dan melengkung memudahkan ia mencengkam kura-kura betina semasa proses mengawan. Walaupun anatomi badannya menyerupai kura-kura air tawar, namun ia tidak ber[[hibernasi]] di dalam air seperti kura-kura akuatik yang lain.<ref name="Dodd"/>
 
Panjang kura-kura dewasa sekitar 125–130&nbsp;mm, di mana kura-kura betina lebih panjang berbanding jantan. Manakala usianya boleh mencecah sehingga 30 ke 40 tahun.<ref name="Germano"/>
 
==Taburan geografi==
Haiwan ini boleh ditemui di sepanjang tengah Amerika Utara sehingga ke barat kaki bukit [[Pergunungan Rocky]], [[Mexico]] Utara dan selatan [[Texas]]. Mereka biasanya ditemui di bahagian barat daya, termasuklah New Mexico, wilayah Trans-Pecos, Texas atau dikenali sebagai wilayah “Big Bend” Texas, tenggara Arizona, Sonora dan Chihuahua di Mexico, sehingga utara Mexico.<ref name="Germano"/> Haiwan ini sentiasa bergerak dalam kawasan yang kecil, menjadikan ia cenderung pulang ke tempat asalnya.<ref name="Refsnider">Refsnider, Jeanine M., Strickland Jeramie, and Janzen, Fredric J. (2011). Home Range and Site Fidelity of Imperiled Ornate Box Turtles (''Terrapene ornata'') in Northwestern Illinois. Chelonian Conservation and Biology. Vol. 11: pp.&nbsp;78–83. Archived from original 9 June 2018.</ref>
 
==Habitat==
Haiwan ini [[Endemik|berasal]] dari barat daya [[Amerika Syarikat]] dan utara [[Mexico]]. Menjadikan kawasan padang rumput kering dan tanah gersang sebagai habitat, tidak seperti kura-kura Amerika Utara yang lain. Mereka memilih kawasan tandus, [[prairie]] terbuka sebagai tempat tinggal yang dipenuhi tumbuhan yucca.<ref name="Germano"/> Mereka juga tidak bergerak jauh dari lokasi habitat memudahkan mereka mengawasi sekeliling, mendapatkan perlindungan dari pemangsa dan musim sejuk<ref name="Dodd"/>
 
== Rujukan ==
1,619

suntingan