Cinta Fatamorgana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23:
 
==Sinopsis==
Kisah persahabatan di antara Rifqi ([[Aeril Zafrel]]), Huzair ([[Syazuwan Hassan]]) dan Wildad ([[Azar Azmi]]) telah terjalin sekian lama. Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman ([[Norman Hakim]]) dan Puan Habibah ([[Linda Rafar]]) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair.
 
Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir, namun ibunya, Puan Karmila menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.