Perdana Menteri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan [[pengerusi]] kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam [[sistem kerajaan separa presiden]], perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan [[perkhidmatan awam]] dan melaksanakan arahan-arahan [[Presiden]]
 
Dalam sistem-sistem [[parlimen]] seperti [[sistem Westminster]] [[United Kingdom]], perdana menteri ialah [[ketua kerajaan]], manakala [[ketua negara]] ([[Raja]], [[Ratu]], [[Presiden]], atau [[GabernorGabenor Jeneral]] [''[[de facto]]'']) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan [[ahli parlimen]] dan dikehendaki memastikan pelulusan [[rang undang-undang]] oleh [[badan perundangan]]. Dalam sebilangan [[pemerintahan beraja]], perdana menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai [[Prerogatif Diraja]]) yang terletak pada takhta kerajaan oleh [[perlembagaan]] dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran parlimen.
 
Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin mempunyai peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana Menteri United Kingdom juga merupakan [[Lord Perbendaharaan Pertama]]. <ref>Bertentangan dengan tanggapan popular, kedua-dua jawatan adalah berasingan dan tidak perlu dipegang oleh seorang sahaja. Perdana Menteri terakhir yang bukan Lord Perbendaharaan Pertama ialah Lord Salisbury pada peralihan [[abad ke-20]]. Sebenarnya, [[10 Downing Street]] ialah tempat kediaman Lord Pertama dan bukannya Perdana Menteri. Oleh sebab Salisbury bukannya Lord Pertama, beliau terpaksa tinggal di tempat kediaman yang lain ketika menjawat perdana menteri.</ref> Para perdana menteri juga boleh memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya, semasa [[Perang Dunia Kedua]], [[Winston Churchill]] juga merupakan [[Menteri Pertahanan]] (walaupun tidak adanya [[Kementerian Pertahanan (United Kingdom)|Kementerian Pertahanan]] ketika itu). Banyak [[Perdana Menteri Malaysia]] juga memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti [[Kementerian Dalam Negeri]] dan [[Kementerian Kewangan]].