Kerian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: en:Kerian
Asoyuti (bincang | sumb.)
Baris 54:
* 1951 Persidangan alim ulama kali kedua , orang Melayu telah berpecah kepada dua parti iaitu [[UMNO]] dan [[PAS]]. Golongan ulama dalam UMNO yang telah keluar dari parti ialah [[Haji Ahmad Fuad]] , [[Haji Maliki]] dan [[Haji Ahmad Badawi]].
 
Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan awal untuk menubuhkan [[PAS]], tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan menubuhkan PAS ialah bekas pemimpin [[Hizbul Muslimin]] dari [[Gunung Semanggol]], [[Perak]]. Antaranya ialah [[Ustaz Abu Bakar Al Baqir]] . Paling mutakhir pemimpin [[PAS]] yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N9 kawasan [[Gunung Semanggol]] adalah [[Sabran bin Asmawi]] yang memenangi kerusi DUN pada pilihanraya umum tahun 1999M.
 
Pemangku Raja [[Perak]] Darul Ridzuan, [[Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah]] telah menamakan sekolah sedia ada sebagai [[Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar al Baqir]] sempena nama [[Ustaz Abu Bakar Al Baqir]] , seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasan [[Perak]] Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui penubuhan [[Maahad Al-Ehya Al Shariff]] , [[Gunung Semanggol]].