Taman Buaya Miri dan Zoo Mini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:57, 10 Disember 2018

Taman Buaya Miri dan Zoo Mini (bahasa Inggeris: Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo) ialah sebuah taman penternakan buaya dan zoo mini di Miri, Sarawak, Malaysia. Taman ini telah berdaftar dengan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa berkaitan dengan Spesies Flora dan Fauna Liar Hampir Pupus Flora.[1]

Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo
Taman Buaya Miri dan Zoo Mini
Map
Maklumat umum
JenisCrocodile farm, zoo
LokasiMiri, Sarawak, Malaysia
Pembukaan16 August 1998
PemilikBenaya Sdn Bhd.
PengurusanBenaya Sdn Bhd.
Butiran teknikal
Keluasan tingkat
9 hectares
Laman sesawang
www.miricrocodilefarm

Sejarah

Taman dan zoo ini telah dibuka kepada umum pada tanggal 16 Ogos 1998.[2] Taman ini telah menjadi taman buaya yang kedua dibuka di Sarawak selepas Taman Buaya dan Zoo Jong Buaya yang terletak di Kuching.[3]

Seni bina

Taman dan zoo ini terletak di Sungai Baram dan dibina di atas tapak tanah seluas 9 hektar. Kolam buatan turut dibina sebagai tempat menternak buaya.[1]

Pameran

Taman buaya ini menempatkan lebih daripada 1,000 ekor buaya beraneka spesies.[4] Terdapat juga sebuah pusat penyampai maklumat bagi menghebahkan perihal tentang pelbagai aspek berkaitan dengan buaya seperti pertembungan buaya dengan manusia yang membawa maut, kitaran hidup buaya dan sebagainya.[2]

Operasi

Perbelanjaan bulanan ladang dan zoo ini dianggarkan sejumlah RM 40,000 ke RM50,000. Kebanyakan perbelanjaan ini digunakan untuk membeli makanan haiwan -haiwan dan membayar upah 15 orang kakitangan taman dan zoo berkenaan. Mereka selalu cuba untuk mendapatkan dana bantuan daripada Lembaga Pelancongan Malaysia bagi menampung kos operasi.[3]

Masa Operasi

Taman dan zoo ini dibuka pada setiap hari dari jam 9:00 pagi sehingga jam 6:00 petang dengan bayaran masuk berjumlah RM20.00 seorang.[1]

Baca juga

  • Senarai tarikan pelancong di Malaysia

Rujukan

  1. ^ a b c "The Crocodile Farm". Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2015. Dicapai pada 1 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo is Home to Thousand Crocodile of Different Species, Exotic Animals and Birds". Sarawak Vacation Destination. Dicapai pada 1 November 2016.
  3. ^ a b Sman, Cecilia (12 June 2016). "Miri Crocodile Farm attracts visitors to the city". Borneo Post Online. Dicapai pada 1 November 2016.
  4. ^ "Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo". Sarawak Tourism. Dicapai pada 1 November 2016.