Perbezaan antara semakan "Tuanku Syed Putra ibni al-Marhum Syed Hassan Jamalullail"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
== Kemangkatan ==
Pada [[16 April]] [[2000]] Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail, 79, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira jam 2.:20 petang ini selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 21 Mac lalu. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri [[Shahidan Kassim]] di sini, jam 4 petang ini. Tuanku Syed Putra yang dilantik sebagai Raja Perlis pada 4 Disember 1945 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong ketiga dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965, adalah Raja Melayu paling lama memerintah sesebuah negeri. Shahidan berkata, kerajaan negeri mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi membolehkan seluruh rakyat negeri ini menziarahi jenazah baginda. Sebagai tanda berkabung, bendera negeri dan kebangsaan akan dikibarkan separuh tiang di negeri itu manakala semua acara rasmi yang dijadualkan mulai sekarang ditangguhkan. "Bagaimanapun, tempoh berkabung belum lagi diputuskan," katanya pada sidang akhbar di sini.
 
Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr [[Mahathir Mohamad]] dan isteri, Datin Seri Dr [[Siti Hasmah Mohd Ali]], menziarahi jenazah Almarhum di IJN sebaik saja dimaklumkan mengenai kemangkatan baginda. Turut berangkat menziarahi jenazah Almarhum di IJN ialah Tengku Mahkota Kelantan, [[Sultan Muhammad V, Kelantan|Tengku Muhammad Faris Petra]], bekas Menteri Pertahanan, Datuk Abang Abu Bakar Mustapha dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku Razaleigh menyifatkan Almarhum sebagai raja yang mengambil berat terhadap rakyat dan seorang bapa yang penyayang serta baik hati. "Saya kenal Almarhum sejak saya kecil lagi dan baginda adalah seorang yang baik, suka merendahkan diri dan tidak sombong," katanya ketika ditemui di IJN. Tuanku Syed Putra dimasukkan ke IJN pada 21 Mac lalu kerana masalah jantung, buah pinggang dan kencing manis. Kesihatan baginda dilaporkan kritikal pada 9 April lalu sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi bantuan alat pernafasan. Bagaimanapun, keadaan baginda kembali stabil dua hari kemudian dan tidak lagi menggunakan mesin sokongan hayat.
Pengguna awanama