Rudy Giuliani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dexbot (bincang | sumb.)
k Removing Link GA template (handled by wikidata) - The interwiki article is not good
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38:
Giuliani berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York selama dua penggal. Jasa beliau dikenang kerana melaksanakan inisiatif peningkatan taraf hidup warga kota dengan pengurangan kadar jenayah. Beliau bertanding untuk [[Senat Amerika Syarikat]] pada tahun 2000 tetapi menarik diri kerana didapati menghidap [[kanser prostat]] serta pendedahan tentang kehidupan peribadinya. Giuliani meraih perhatian dunia kerana kepimpinannya semasa dan selepas [[serangan 11 September 2001|serangan pengganas]] ke atas [[World Trade Center]] pada 11 September 2001. Atas jasa itu, beliau dikurniakan [[Darjah kebesaran United Kingdom|pangkat kesatria kehormat]] oleh [[Elizabeth II dari United Kingdom|Ratu Elizabeth II]] pada tahun 2002.
 
Setelah tamat khidmatnya sebagai , Giuliani mengasaskan Giuliani Partners, sebuah perniagaan rundingan keselamatan; membeli Giuliani Capital Advisors (kemudian dijual), sebuah firma [[perbankan pelaburan]]; dan menyertai [[firma guaman]] Bracewell & Giuliani. Giuliani bertanding untuk menjadi calon Parti Republika pada [[pilihan raya presidenPresiden Amerika Syarikat 2008]]. Sungguhpun menerajui tinjauan negara sepanjang tahun 2007, namun pencalonannya goyah pada akhir tahun; prestasi beliau kurang memberangsangkan dalam kokus dan primari pada Januari 2008 dan menarik diri daripada bertanding. Giuliani pernah mempertimbangkan untuk bertanding untuk Gabenor dan Senator pada tahun 2010, tetapi memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaannya. Giuliani sedang mempertimbangkan untuk bertanding dalam [[Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2012]].
 
==Rujukan==