Sa'ad ibn Abi Waqqas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
==Biodata==
'''Sa'ad ibn Abi Waqqas''' merupakan bapa saudara kepada Nabi [[Muhammad]] S.A.W. dari sebelah pihak ibunya iaitu [[Aminah binti Wahab]] yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota [[Makkah]]. Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat.
 
==Kehidupannya==
Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuat [[busur]] dan [[anak panah]]. Kerana itu, dia juga cekap dalam kemahiran memanah.
 
Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan ibunya juga mengugut untuk membunuh diri jikalau beliau tidak mahu menjadi [[kafir]] semula, namun Sa'ad tetap teguh dengan [[aqidah]]nya.
 
==Jasa dan Sumbangannya==
Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera [[Islam]] untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang [[Parsi]]. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang [[al-Qadisiyyah]], Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.