Abdullah Ayub: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Y. Bhg. Tun Abdullah Ayub''' S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.P.C.M., D.P.M.J., D.P.C.M., P.G.D.K., D.P.M.T., D.P.S.K., J.M.N., K.M.N. merupakan bekas [[Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia]] (1974 -1978).
'''Tun Abdullah Bin Ayub''' telah dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan meninggal dunia pada 13 Disember 2018.<ref>[http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bekas-ksn-abdullah-ayub-meninggal-dunia-1.804027 Bekas KSP Abdullah Ayub meninggal dunia]</ref> Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut dan di Anglo-Chinese School, Sitiawan, sebelum meneruskan persekolahan beliau di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak. Berkat dari ketekunan dan ketabahan beliau dalam pelajaran, '''Tun Abdullah''' telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Cambridge School Certificate dan berjaya meneruskan pengajiannya ke Raffles College dan University Malaya, Singapore. Beliau lulus Ijazah B.A (hons) dalam tahun 1953 dan telah dianugerahkan ''“Queen's Scholarship”'' kerana pencapaian yang amat cemerlang.
 
Kerjaya '''Tun Abdullah''' dalam pentadbiran bermula apabila beliau diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih ''(Probationer Of cer)'' Malayan Civil Service (M.C.S) pada 5 Januari 1954 dan ditempatkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Buruh di Pejabat Buruh Selangor.