Sultan Pahang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2A00:23C5:B320:4E01:401B:C7BA:4254:493 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 123.136.117.116
Teg: Undur
Baris 32:
===Serangan Acheh===
Pada tahun 1617, [[Acheh]] di bawah kepimpinan [[Sultan Iskandar Muda]] telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.
 
===Di bawah pemerintahan Johor===
Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah [[Kesultanan Johor]] yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan [[Sultan Mahmud Shah II]] (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja,
[[Sultan Abdul Jalil IV|Tun Abdul Jalil]] anak Bendahara Seri Maharaja [[Tun Habib Abdul Majid]] (Marhum Padang Saujana).
 
Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran [[Sultan Abdul Jalil IV]]. Seorang putera Baginda bernama [[Tun Abbas]] dijadikan
Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.
 
===Pemerintahan sendiri===