Abdullah Ayub: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 22:
| spouse = Toh Puan Anna Abdul Ranee
}}
YABhg Tun '''Abdullah bin Ayub''' S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.P.C.M., D.P.M.J., D.P.C.M., P.G.D.K., D.P.M.T., D.P.S.K., J.M.N., K.M.N. (3 Januari 1926 – 13 Disember 2018) merupakan bekas [[Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia]] (1974 -19781974–1978).
Tun Abdullah bin Ayub telah dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan meninggal dunia pada 13 Disember 2018.<ref>[http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bekas-ksn-abdullah-ayub-meninggal-dunia-1.804027 Bekas KSP Abdullah Ayub meninggal dunia]</ref> Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut dan di Anglo-Chinese School, Sitiawan, sebelum meneruskan persekolahan beliau di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak. Berkat dari ketekunan dan ketabahan beliau dalam pelajaran, Tun Abdullah telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan [[Cambridge School Certificate]] dan berjaya meneruskan pengajiannya ke [[Raffles College]] dan [[University Malaya, Singapura]]. Beliau lulus Ijazah B.A (hons) dalam tahun 1953 dan telah dianugerahkan "''Queen's Scholarship''" kerana pencapaian yang amat cemerlang.
Baris 30:
Selepas lulus Pengajian Bahasa Cina, Tun Abdullah telah ditempatkan di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai Setiausaha Sulit kepada Y.T.M. [[Tunku Rahman Putra]] mulai Ogos 1956. Beliau telah ditukarkan pula ke Kementerian Dalam dan Keadilan untuk membantu menyediakan persiapan perayaan Hari Merdeka dan Pertabalan Yang di-Pertua Agong yang pertama pada 31 Ogos 1957. Tun Abdullah kemudian telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pentadbiran Awam di [[Universiti Cambridge]], England selama setahun dari tahun 1958 hingga 1959.
 
Sekembalinya Tun Abdullah dari England, beliau telah ditugaskan di Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat sebagai Ketua Penolong Setiausaha dan selepas itu ke [[Jabatan Perdana Menteri]] dan akhirnya ditukarkan ke Perbendaharaan di awal tahun 1961. Tun Abdullah mempunyai kerjaya yang lama di Perbendaharaan iaitu hampir 15 tahun (1961-19721961–1972, 1974-19781974–1978). Dalam tempoh itu, beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam kementerian dan telah dinaikkan pangkat daripada Tingkatan Tertinggi H hingga Turus A. Beliau telah menjadi Ahli Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (N.D.P.C.) selama beberapa lama dan kemudian menyandang jawatan pengerusinya.
 
Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah semasa menjalankan tugas telah membawa beliau ke jawatan-jawatan yang lebih tinggi dan penting kepada negara Malaysia. Hal ini terbukti apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 1972. Selain itu, beliau juga berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan daripada Ogos 1974 hingga Disember 1978. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.