Abdullah Ayub: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23:
}}
YABhg Tun '''Abdullah bin Ayub''' S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.P.C.M., D.P.M.J., D.P.C.M., P.G.D.K., D.P.M.T., D.P.S.K., J.M.N., K.M.N. (3 Januari 1926 – 13 Disember 2018) merupakan bekas [[Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia]] (1974–1978).
==Kehidupan awal==
Tun Abdullah bin Ayub telah dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan meninggal dunia pada 13 Disember 2018.<ref>{{Citenews|url=http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bekas-ksn-abdullah-ayub-meninggal-dunia-1.804027|title=Bekas KSN Abdullah Ayub meninggal dunia|last=BERNAMA|date=13 Disember 2018|work=[[Utusan Malaysia|Utusan Online]]|archive-url=|archive-date=|dead-url=no|access-date=14 Disember 2018}}</ref> Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut dan di Anglo-Chinese School, Sitiawan, sebelum meneruskan persekolahan beliau di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak. Berkat dari ketekunan dan ketabahan beliau dalam pelajaran, Tun Abdullah telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan [[Cambridge School Certificate]] dan berjaya meneruskan pengajiannya ke [[Raffles College]] dan [[University Malaya, Singapura]]. Beliau lulus Ijazah B.A (hons) dalam tahun 1953 dan telah dianugerahkan "''Queen's Scholarship''" kerana pencapaian yang amat cemerlang.
==Kerjaya==
 
Kerjaya Tun Abdullah dalam pentadbiran bermula apabila beliau diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih (''Probationer Officer'') Malayan Civil Service (M.C.S) pada 5 Januari 1954 dan ditempatkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Buruh di Pejabat Buruh Selangor.
 
Baris 35:
 
Kecemerlangannya sebagai seorang pentadbir mencapai kemuncaknya apabila Tun Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara untuk mengetuai Perkhidmatan Awam di negara ini pada 1 Januari 1979. Dalam pada itu, beliau telah dilantik untuk menjadi Pengerusi Lembaga Letrik Negara. Sebaik sahaja bersara daripada Perkhidmatan Awam pada 3 Januari 1981, Tun Abdullah terus dilantik sebagai Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
==Anugerah==
 
Jasa-jasa beliau dihargai dengan anugerah-anugerah darjah SPCM, SPMJ, DPMT, DPSK, PGDK yang diterima daripada beberapa buah negeri di Malaysia dan tidak ketinggalan di peringkat persekutuan dengan Anugerah-anugerah Bintang KMN, JMN dan Darjah PSM pada tahun 1974 dan Darjah PMN pada tahun 1979, yang kedua-duanya membawa gelaran Tan Sri. Pada tahun 2011, beliau telah dikurniakan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.