Perbezaan antara semakan "Penyu belimbing"

tiada ringkasan suntingan
Sebagai tambahan, pelbagai program berkaitan kesedaran awam untuk melindungi, menyelamat dan memulihara habitat penyu daripada tercemar sentiasa dijalankan oleh [[Institut Penyelidikan Perikanan]] [[Rantau Abang]], [[Pejabat Perikanan Negeri]] dan Daerah serta Jabatan Perikanan Malaysia.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
Pada pertengahan 2007, [[Jabatan Perikanan Malaysia]] pernah merancang pelan untuk mengklon Penyu belimbing bagi mengatasi masalah kekurangan populasinya yang mendarat di [[pantai]]. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, usaha ini tidak diteruskan kerana saintis berpendapat bahawa proses [[pengklonan]] hanya berjaya terhadap haiwan [[mamalia]] seperti [[anjing]], [[kambing]], [[kucing]] dan [[lembu]].<ref name=_>{{cite news|url=http://www.nbcnews.com/id/19724526/ns/technology_and_science-science/t/malaysia-mulls-cloning-rare-turtles/#.W6itEmgzaUl|title="Malaysia mulls cloning rare turtles"|author=Associated Press|publisher=NBC News.com|date=7 Disember 2007|accessdate=24 September 2018}}</ref>
 
Namun, pendaratan seekor penyu pada tahun 2017 mengujakan banyak pihak terutamanya pasukan penyelidik selepas kali terakhir [[spesies]] itu dilihat mendarat di [[Pantai Rantau Abang]] pada 8 Ogos 2010. Malangnya, 92 biji telur yang dikatakan dari penyu belimbing, yang ditemui di dalam sarang di Pantai Rhu Kubur pada 9 September dan 32 biji lagi di pantai Kampung Jambu Bongkok pada 20 September lalu adalah rosak dan tidak boleh disenyawakan.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/> Hal ini disebabkan telur yang dihasilkan penyu betina tersebut tidak sempat disenyawakan dengan penyu jantan.
 
===Undang-undang===
Kehadiran haiwan ini di sepanjang pantai Terengganu merancakkan aktiviti pelancongan dan penjualan telur. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, mulai tahun 1990, kerajaan negeri Terengganu mengharamkan pemakanan telurnya.<ref name="Jom kita kenali Penyu Belimbing"/>
 
Haiwan ini dilin­dungi dan diwartakan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985; peraturan-peraturan Perikanan pengawalan spesies ikan marin terancam (pindaan) 2008. Akta ini memperuntukkan mana-mana individu yang mengganggu, mengambil, menangkap, memiliki, membunuh, memburu dan memperdagangkan sama ada [[telur]] atau anggota haiwan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
47,693

suntingan