Perbezaan antara semakan "Sepet (filem)"

tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
# Orked telah beberapa kali menyindiri kegodaan rakannya, Ling, terhadap artis-artis lelaki Barat, terutamanya Leonardao Dicaprio. Dia juga memarahi teman lelaki Ling yang mengejeknya dengan mengatakan, "''Muka macam mat salleh, tapi ''English'' (Bahasa Inggeris) tak ''pass'' (lulus)! Sedih, sedar sikit!''" Ini sebenarnya merujuk kepada sikap remaja Melayu sekarang yang terlalu mendewa-dewakan selebriti Barat.
# Orked menyangkal persoalan teman lelaki Ling terhadap hubungan percintaannya dengan seorang bukan Melayu, yakni Jason, dengan memberitahunya bahawa lelaki Melayu telah mengahwini bukan Melayu untuk berapa keturunan lamanya. Ini secara tidak langsung menyindiri pandangan bias yang masih jelas di kalangan masyarakat majmuk Malaysia hari ini terhadap hubungan cinta yang merentasi sempadan bangsa. Ia turut diluahkan menerusi dialog Keong dengan Jason ketika Keong dimasukkan ke hospital. Keong berkata bahawa orang dahulu boleh mengahwini bangsa lain sesuka hati tetapi orang hari ini pula bising terhadap perkara ini sedangkan masyarakat sekarang sepatutnya lebih bertamadun.
# Mak Inom menyatakan kesyukurannya kepada-Nya setelah Orked memperoleh biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara walaupun mendapat 5A dalam peperiksaan SPM. Kak Yam yang duduk di sisinya dengan perlahan mengatakan bahawa Jason dapat 7A (mungkin beberapa tahun lalu tetapi tidak mendapat biasiswa pun). Ini secara tidak langsung mengkritik layanan bias Kerajaan Malaysia dalam menawarkan biasiswa kepada bukan BumiputraBumiputera.
 
==Kontroversi==