Go: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 12:
}}
 
'''Go''' adalah sebuah [[permainan berpapan]] berstrategi untuk dua orang pemain. Ia dikenali sebagai '''''Wéiqí''''' dalam [[bahasa Cina]] ([[Tulisan Cina Tradisional|Tradisional]]: {{lang|zh-Hant|圍棋}}; [[Tulisan Cina Ringkas|Ringkas]]: {{lang|zh-Hans|围棋}}), {{nihongo|'''Igo'''|囲碁|}} atau {{nihongo|'''Go'''|碁|}} dalam [[bahasa Jepun]],dan '''''Baduk''''' dalam [[bahasa Korea]] ([[hangul]]: {{lang|ko|바둑}}). Di [[Malaysia]] pula, permainan ini dikenali sebagai Go serta Weiqi. Permainan ini berasal dari [[China]] kuno, berabad sebelum rujukan terawalnya dalam tulisan-tulisan pada [[abad ke-5 SM]]. Go adalah lebih popular di [[Asia Timur]] tetapi kebelakangan ini menjadi semakin popular di seluruh pelusukpelosok dunia. Go terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks walaupun [[Peraturan Go|peraturan-peraturannya]] mudah.
 
Go dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam dan putih di atas persilangan grid [[lurus linear|garis]]. Saiz piawai bagi grid ini adalah 19 × 19, walau bagaimanapun peraturan-peraturan Go boleh digunakan sebebasnya kepada mana-mana saiz: 13 × 13 dan 9 × 9 juga merupakan pilihan yang popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik disamping memperkenalkan Go kepada para pemain baru. Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Bagi mencapai matlamat ini, setiap pemain berusaha untuk meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentuk agar ia tidak ditangkap, sementara memetakan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.