Polonium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 102 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q979
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 3:
'''Polonium''' ialah suatu [[unsur kimia]] dalam [[jadual berkala]] yang memiliki lambang '''''Po''''' dan nombor atom 84. Unsur radioaktif ini termasuk kelompok dalam kumpulan [[metaloid]] yang memiliki sifat kimia yang mirip dengan [[telurium]] dan [[bismut]].
 
Unsur pertama yang ditemui berdasarkan sifat radioaktifnya, polonium ditemui pada 1989 oleh ahli [[kimia]] [[Perancis]] iaitu [[Marie Curie]] dan suaminya, [[Pierre Curie]] dan dinamakan sempena negara asalnya, [[Poland]]. Polonium adalah salah satu unsur dari [[uranium]]-[[radium]] dan merupakan anggota dari uranium-238. Polonium adalah unsur yang sangat jarang. Jumlah un surunsur ini terjadi dalam batuan yang mengandung radium. Polonium 210 (juga disebut radium-F) adalah [[isotop]] paling umum yang memiliki separuh hayat selama 138 hari. Banyak isotop lain yang berjaya disintesis. Polonium melebur pada suhu 254 °C (sekitar 489 °F), mendidih pada suhu 962 °C (sekitar 1764 °F), dan memiliki perincian graviti 9.3.
 
Disebabkan kebanyakan isotop Polonium tersepadu dari pemecahan [[zarah alfa]] bertenaga tinggi dalam jumlah besar dari unsur ini, ia merupakan sumber yang baik bagi sinaran alfa. Polonium digunakan dalam ujikajiuji kaji nuklear dengan unsur sepeti Berilium yang melepaskan [[neutron]] ketika ditembak zarah alfa. Dalam percetakan dan alat fotografi, polonium digunakan dalam alat yang mengionkan udara untuk menghilangkan kumpulan arus elektrostatik. Radioaktiviti yang besar dari unsur ini menyebabkan sinaran yang berbahaya bahkan pada sekumpulan kecil unsur Polonium.
 
Keupayaan penggunaan polonium sebagai pemanas dalam [[roket]] [[angkasa lepas]] sedang dalam penyelidikan.