Hospital Kuala Nerang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Hospital Kuala Nerang''' merupakan sebuah [[hospital]] kerajaan yang terletak di [[Kedah]], [[Malaysia]].

Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.Hospital Kuala Nerang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia. Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.

Hospital Kuala Nerang adalah satu-satunya hospital kerajaan di daerah Padang Terap. Hospital ini menyediakan perkhidmatan primer dan penjagaan pesakit (termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap. Ini adalah kemudahan hospital yang tidak khusus dengan 4 wad dan 89 katil. Walau bagaimanapun, hospital Kuala Nerang kini beroperasi dengan 4 wad dan 72 katil. Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar, mereka dirujuk ke hospital Alor Star. Namun begitu semenjak hujung tahun 2017, Hospital Kuala Nerang telah bergabung dengan Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra dikenali sebagai Hospital Kluster Kedah Utara '''(HOKKU).''' Dengan terjalinnya kerjasama antara ketiga tiga hospital ini kini perkhidmatan kepakaran turut disediakan di Hospital Kuala Nerang terutamanya kepakaran Rehabilitasi dan Perubatan Geriatrik.

Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasi pada bulan Oktober 1994. Ia mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti oleh wad ward lelaki dan wanita pada bulan November 1995 dan seterusnya wad bersalin pada bulan Julai 1996.

Hospital Kuala Nerang kini diterajui oleh Pengarah Hospital, Dr.Syed Satahkatulah Bin Mohamed Kalik . Beliau mempunyai Kelulusan dalam Sarjana Pentadbiran Hospital '''(M.H.A)''' dari ''College of Public Health ,University of Philippines,''Filipina dan Ijazah Perubatan'''(M.D)''' dari ''Crimea State Medical University(CSMU)'', Ukraina.

Perkhidmatan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

* Unit Kecemasan dan Trauma
* Jabatan Pesakit Luar
* Unit Pesakit Dalam
* Unit Hemodialisis
* Klinik Pakar

Perkhidmatan Sokongan Klinikal di Hospital Kuala Nerang

* Unit Perkhidmatan Patologi
* Unit Pengimejan Diagnostik
* Unit Farmasi dan Bekalan

Perkhidmatan Bukan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

* Unit Rekod
* Unit Pentadbiran
* Unit Sajian

==Alamat==
Hospital Kuala Nerang

06300 Kuala Nerang

[[Kedah|Kedah Darul Aman]]

[[Malaysia]]

Tel : 04 -7867333

Faks : 04-7867052

Email : [[Mailto:hknerang@moh.gov.my|hknerang@moh.gov.my]]

==Pautan luar==
* [http://hknerangwww.hkn.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=41 Laman Sesawang Hospital Kuala Nerang.]
* [http://www.moh.gov.my/MohPortal/govhospPublic.jsp?search=Hospital+Kuala+Nerang&search3=&action.x=22&action.y=19 Laman Kementerian Kesihatan.]

{{Kedah}}